background img

PERKONGSIAN MAKLUMAT

Merokok apa yang anda dapat?




BAHAYA MEROKOK

MEROKOK: APA YANG ANDA DAPAT?
Tembakau mungkin merupakan satu bahan yang paling merbahaya yang biasa digunakan oleh manusia. Ia boleh dikaitkan dengan kematian.


Banyak berita memaparkan tentang pelbagai penyakit akibat tabiat merokok. Antaranya, batuk kering, kanser paru-paru, kanser mulut dan sebagainya. Merokok juga boleh menimbulkan perasaan takut, gementar, risau, bimbang, resah, melemahkan akal, mengurangkan nafsu makan, menguningkan wajah dan gigi, menyempitkan pernafasan, menjadikan manusia malas dan lemah, dan sebagainya.


Mengapa manusia masih merokok, walaupun mereka tahu ia merbahaya?


Jawapannya ialah KETAGIHAN. Nikotin adalah sejenis dadah di dalam semua produk tembakau yang memberi ketagihan kepada penggunanya. Kesannya sekuat dadah yang haram seperti heroin atau kokain. Ia menyerang sedikit-sedikit dan meletakkan penggunanya di ambang maut!
Rokok membunuh ramai penghisapnya - beribu manusia setiap tahun. Sekiranya anda merokok, dapatkanlah bantuan untuk berhenti. Proses menghentikannya memanglah susah, tetapi itulah satu-satunya cara untuk menyelamatkan kesihatan anda. Sekiranya anda bebas daripada tembakau, jangan cuba mengubahnya!

TAHUKAH ANDA? KESAN MEROKOK...



kepada kanak-kanak

• Kanak-kanak kecil yang dipegang oleh seorang yang merokok akan menyedut bahan-bahan kimia yang menyebabkan barah lebih banyak daripada perokok itu sendiri.
• Kanak-kanak yang ibubapanya merokok, lebih kerap batuk dan lelah, lebih ramai mempunyai jangkitan telinga, lebih kerap pergi hospital kerana bronkitis dan pneumonia, dan mempunyai paru-paru yang kurang berfungsi.
• Kanak-kanak asma lebih kerap mendapat serangan asma yang teruk sekiranya ibubapa merokok.
• Terdapat satu kaitan yang mungkin di antara ibu-ibu yang merokok dengan SIDS (sindrom kematian bayi secara tiba-tiba).
...kepada bayi yang belum lahir
• Nikotin melajukan kadar jantung janin, dan juga menyebabkan paru-paru dan saluran udaranya lambat mengembang.
• Nikotin boleh menyebabkan keguguran dan kematian bayi sewaktu lahir.
• Karbon Monoksida daripada asap rokok orang lain boleh mengurangkan pembekalan udara kepada janin sebanyak 25%, menyebabkan perkembangan terbantut.
• Ibu-ibu yang merokok biasanya mempunyai bayi-bayi yang lebih kecil.
...kepada perokok
• Asap tembakau membunuh ramai manusia - lebih ramai daripada yang mati kerana AIDS, kemalangan jalanraya, membunuh diri, pembunuhan, kebakaran, keracunan dan lain-lain.
• Merokok boleh mempercepatkan proses penuaan bagi wanita dan menyebabkan impoten bagi lelaki.
• Barah paru-paru membunuh lebih ramai wanita daripada barah payu dara.
• Wanita yang merokok mendapat lebih batuk, selesema dan penyakit-penyakit yang ringan.
• 8 daripada 10 orang yang cuba merokok menjadi ketagih kepada rokok.
• Wanita yang merokok mengalami penyusutan ketumpatan tulang (osteoporosis) dan bertambahnya risiko tulang patah.
• Wanita yang merokok dan menggunakan pil pencegah kehamilan mengalami risiko yang lebih tinggi untuk mendapat strok atau sakit jantung.
• Kematian disebabkan strok adalah lima kali lebih tinggi bagi wanita yang merokok.
• Rokok-rokok rendah nikotin/rendah tar tidaklah lebih selamat.
• Merokok menggandakan risiko barah serviks.
• Perokok-perokok pertengahan umur mungkin sama kedutnya dengan bukan perokok 15 - 20 tahun lebih tua daripadanya.


• Merokok boleh menyebabkan barah di seluruh badan:

- barah mulut
- barah sinus
- barah esofagus
- barah otak
- barah dada
- barah uterus
- barah pundi kencing
- barah buah pinggang
- tiroid
- leukemia
- kelenjar limfa


• Adakah anda fikir semua kawan-kawan anda merokok dan anda mahu turut serta? Fikir semula. 84% daripada remaja 15 - 19 tahun tidak merokok, dan jumlah ini terus meningkat.
...kepada orang yang berdekatan
• Nikotin boleh dijumpai di dalam saluran darah bukan perokok 2 - 40 jam selepas terdedah kepada asap rokok orang lain.


• Kesan-kesan segera yang dialami oleh orang yang berdekatan dengan orang yang merokok termasuklah:
- iritasi mata
- sakit kepala
- hidung rasa tidak selesa dan bersin
- batuk dan sakit tekak
- mual dan pening
- bertambahnya kadar jantung dan tekanan darah.


kepada persekitaran


• Satu puntung rokok mengambil masa selama 5 tahun untuk "biodegrade'.
• Puntung-puntung rokok dari tepi jalan, rumput dan longkang biasanya akan berakhir di dalam sistem perparitan, lalu mengalir ke dalam tasik-tasik dan sungai-sungai yang berdekatan di mana burung-burung menghadamkannya.
• Satu batang pokok hanya membuat 300 pembungkus rokok.
• Pengilang-pengilang rokok menggunakan sehingga 4 batu kertas setiap jam.

...kepada kewangan
• Sebagai contoh, seseorang yang mula merokok pada umur 13 tahun dan merokok 1 kotak sehari. Apabila umurnya mencecah 30 tahun, dia telah membelanjakan lebih kurang RM21,000 ke atas rokok pada harga sekarang ... cukup untuk membayar deposit rumah!.
• Apabila sampai masa orang yang sama untuk bersara, merokok telah menyebabkan tambahan kos sebanyak lebih kurang RM63,000 lagi ---perbelanjaan perubatan!



 p/s : fikir-fikirlah wahai perokok tegar di luar sana!!




Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment

DOWNLOAD OUR WEBSITE APP

DOWNLOAD APLIKASI KAMI DI SINI

LIKE US ON FACEBOOK!

Followers

Blog Archive