background img

PERKONGSIAN MAKLUMAT

Gambar pasangan ditangkap ketika berasmara

Artikel suka-suka hilangkan stress di hujung minggu. Jangan lupa share ye.. lol
!







Cara² Memasang Kotak Komen Facebook dan Blogger dalam blog

Sebelum nie memang dah banyak kali jumpa blogger² yang menggunakan kotak komen Facebook (FB) pada blog mereka. Bagi aku, penggunaan kotak komen FB tu memang la menarik. Tapi yang lecehnya, tak semua blogger² gemar nak komen kat situ. Lain la kalau ada kedua²nya sekali macamtutorial kotak komen Facebook dan Blogger yang aku nak buat ni. Kalau nak komen, kat mana² satu pun boleh. Pilih je mana yang nak.

INFO : Bagi yang dah ada kotak komen Facebook sebelum ini. Sila remove dulu kotak tersebut sebelum apply tutorial ini. 

Cara² nak memasang kotak komen Facebook dan Blogger ni.

1. Mula² sekali. Kena login Blogger.com dulu.
2. Kemudian klik pada bahagian Design > Edit HTML
3. Lepas tu, tick pada Expend widget templates
4. Untuk mengelak sebarang kesilapan semasa memasang code ini, sila Download Full Templates sebagai langkah keselamatan. Nanti kalau tak jadi. Hanya perlu Upload semula fail tersebut dan template anda akan kembali menjadi seperti asal semula.

5. Seterusnya, tekan CTRL+F (Find) untuk mencari code ini div class='comments' id='comments'>

6. Dah jumpa tu, sila copy code di bawah ni,

<div class='comments-tab' id='fb-comments' onclick='javascript:commentToggle(&quot;#fb-comments&quot;);' title='Comments made with Facebook'>
<img class='comments-tab-icon' src='http://static.ak.fbcdn.net/rsrc.php/v1/yH/r/eIpbnVKI9lR.png'/>
<fb:comments-count expr:href='data:post.url'/> Comments
</div>
<div class='comments-tab inactive-select-tab' id='blogger-comments' onclick='javascript:commentToggle(&quot;#blogger-comments&quot;);' title='Comments from Blogger'>
<img class='comments-tab-icon' src='http://www.blogger.com/img/icon_logo32.gif'/> <data:post.numComments/> Comments
</div><div class='clear'/>
</div>
<div class='comments-page' id='fb-comments-page'>
<b:if cond='data:blog.pageType == &quot;item&quot;'>
<div id='fb-root'/>
<fb:comments expr:href='data:post.url' num_posts='2' width='400'/>
</b:if>
</div>
<div class='comments comments-page' id='blogger-comments-page'>

menjadi seperti begini;

<div class='comments' id='comments'>

<div class='comments-tab' id='fb-comments' onclick='javascript:commentToggle(&quot;#fb-comments&quot;);' title='Comments made with Facebook'>
<img class='comments-tab-icon' src='http://static.ak.fbcdn.net/rsrc.php/v1/yH/r/eIpbnVKI9lR.png'/>
<fb:comments-count expr:href='data:post.url'/> Comments
</div>
<div class='comments-tab inactive-select-tab' id='blogger-comments' onclick='javascript:commentToggle(&quot;#blogger-comments&quot;);' title='Comments from Blogger'>
<img class='comments-tab-icon' src='http://www.blogger.com/img/icon_logo32.gif'/> <data:post.numComments/> Comments
</div><div class='clear'/>
</div>
<div class='comments-page' id='fb-comments-page'>
<b:if cond='data:blog.pageType == &quot;item&quot;'>
<div id='fb-root'/>
<fb:comments expr:href='data:post.url' num_posts='2' width='400'/>
</b:if>
</div>
<div class='comments comments-page' id='blogger-comments-page'>

*num_posts='2' = Nilai 2 adalah jumlah komen yang akan terpapar secara default pada kotak komen FB dibawah. Macam sekarang ni, saya dah tukar kepada 5.

*width='400' = saiz kotak komen Facebook.  Kat sini anda boleh adjust saiz tersebut mengikut saiz blog masing².

7. Langkah seterusnya, tekan CTRL+F (Find) untuk cari code ini, <head>

8. Pastekan code di bawah ini, selepas code tersebut (Langkah 7) .

<script src='http://connect.facebook.net/en_US/all.js#xfbml=1'/>
<script src='http://code.jquery.com/jquery-latest.js'/>
<meta content='YOUR_FB_ID' property='fb:admins'/>
<script type='text/javascript'>
function commentToggle(selectTab) {
$(".comments-tab").addClass("inactive-select-tab");
$(selectTab).removeClass("inactive-select-tab");
$(".comments-page").hide();
$(selectTab + "-page").show();
}
</script>

9. Selepas itu, sila pastikan anda telah menukarkan YOUR_FB_ID dengan ID Facebook anda tersendiri. Kalau tak tahu macam mana nak cari ID tu. Buka Facebook anda dan tengok URL macam contoh ini; http://www.facebook.com/profile.php?id=1519803763. Haahhh .. yang hujung sekali tu la ID Facebook anda . Macam sekarang ini, ID saya adalah 1519803763.

OK, sekarang dah habis bahagian edit HTML. Seterusnya adalah langkah memasukkan code di dalam bahagian CSS pula.

10. Klik pada bahagian Design > Template Designer > Advanced > Add CSS

11. Copy code dibawah ini dan paste di dalam kotak CSS tersebut. 

.comments-page { background-color: #f2f2f2;}
#blogger-comments-page { padding: 0px 5px; display: none;}
.comments-tab { float: left; padding: 5px; margin-right: 3px; cursor: pointer; background-color: #f2f2f2;}
.comments-tab-icon { height: 14px; width: auto; margin-right: 3px;}
.comments-tab:hover { background-color: #eeeeee;}
.inactive-select-tab { background-color: #d1d1d1;}

INFO : 
Bagi blogger² yang menggunakan text warna putih, sila pastikan anda menukarkan warna backround kotak komen
.comments-page { background-color: #f2f2f2;}
dengan warna lain selain hitam dan putih. Tujuannya, untuk elak warna tulisan pada ruang komen tenggelam dalam warna backgroud. Contohnya; warna ini; #B9CACA. Kalau tak bersesuaian, sila gunakan code warna yang lain. 

12. Lepas tu Save. Habisss !

p/s: Jika ada sebarang persoalan atau tak berjaya untuk apply tutorial ini di dalam blog anda. Sila emailkan kepada saya melalui email, anastasyea@gmail.com dan saya sedia membantu. (",)

sumber

Hajarul Aswad Dan Sejarahnya


Hajar Aswad adalah batu hitam yang terletak di sudut sebelah Tenggara Ka’bah, iaitu sudut dari mana Tawaf dimulai. Hajar Aswad merupakan jenis batu ‘Ruby’ yang diturunkan Allah dari syurga melalui malaikat Jibril. Hajar Aswad terdiri dari lapan keping yang terkumpul dan diikat dengan lingkaran perak.

Batu hitam itu sudah licin kerana terus menerus di kecup, dicium dan diusap-usap oleh jutaan malah milion manusia sejak Nabi Ibrahim a.s, iaitu jamaah yang datang ke Baitullah, baik untuk haji mahu pun untuk tujuan Umrah.

Hadist Sahih riwayat Imam Bathaqie dan Ibnu ‘Abas RA, bahawa Rasul SAW bersabda:

“Allah akan membangkitkan Al-Hajar (Hajar Aswad) pada hari kiamat. Ia dapat melihat dan dapat berkata. Ia akan menjadi saksi terhadap orang yang pernah memegangnya dengan ikhlas dan benar”.

Hadis tersebut mengatakan bahawa disunatkan membaca doa ketika hendak istilam (mengusap) atau melambainya pada permulaan thawaf atau pada setiap putaran, sebagai mana, diriwayatkan oleh Ibnu Umar RA. Artinya: 

“Bahawa Nabi Muhammad SAW datang ke Ka’bah lalu diusapnya Hajar Aswad sambil membaca Bismillah Wallahu Akbar”.

Asal Usul Hajar Aswad

Ketika Nabi Ibrahim a.s bersama anaknya membina Ka'bah banyak kekurangan yang dialaminya. Pada mulanya Ka'bah itu tidak ada bumbung dan pintu masuk. 

Nabi Ibrahim a.s bersama Nabi Ismail mahu membinanya dengan meninggikan bangunannya dan mengangkut batu dari berbagai gunung. setelah bangunan Ka'bah itu hampir selesai, ternyata Nabi Ibrahim masih merasa kekurangan seketul batu lagi untuk diletakkan di Kaabah.

Nabi Ibrahim berkata pada Nabi Ismail, "Pergilah engkau mencari seketul batu yang akan aku letakkan sebagai penanda bagi manusia."

Kemudian Nabi Ismail a.s pun pergi dari satu bukit ke satu bukit untuk mencari batu yang baik dan sesuai. Ketika Nabi Ismail a.s sedang mencari batu di sebuah bukit, tiba-tiba datang malaikat Jibril a.s memberikan sebuah batu yang cantik. 

Nabi Ismail dengan segera membawa batu itu kepada Nabi Ibrahim a.s. Nabi Ibrahim a.s. merasa gembira melihat batu yang sungguh cantik itu, beliau menciumnya beberapa kali. Kemudian Nabi Ibrahim a.s bertanya, "Dari mana kamu dapat batu ini?"

Nabi Ismail berkata, "Batu ini kuterima dari yang tidak memberatkan cucuku dan cucumu (Jibril)."

Nabi Ibrahim mencium lagi batu itu dan diikuti oleh Nabi Ismail a.s. Sehingga sekarang Hajar Aswad itu dicium oleh orang-orang yang pergi ke Baitullah. Siapa saja yang bertawaf di Ka'bah disunnahkan mencium Hajar Aswad.

Rahsia Besar Yang Tidak Pernah Kita Bayangkan Sebelumnya

1. Satu riwayat Sahih dinyatakan: “HajarAswad dan Makam Ibrahim berasal dari batu-batu ruby syurga yang kalaulah tidak kerana sentuhan dosa-dosa manusia akan dapat menyinari antara timur dan barat. Setiap orang sakit yang memegangnya akan sembuh dari sakitnya”

Hajar Aswad dicium oleh berjuta-juta jemaah haji

Duhulunya batu Hajar Aswad itu putih bersih, tetapi akibat dicium oleh setiap orang yang datang menziarahi Ka'bah, ia menjadi hitam seperti terdapat sekarang. Wallahu a'alam.

2. "'Barangsiapa menunaikan ibadah haji, dan ia tak berbuat rafats dan fasik, maka ia kembali (suci dan bersih) seperti anak manusia yang baru lahir dari perut ibunya.'' (Muttafaqun alaihi).

3. Mencium hajar aswad pada masa menunaikan Haji Di Baitullah tidak dapat diwakilkan, Ia menjadi penyedut dosa tanpa kita sedari, alangkah beruntungnya orang yang boleh menyentuh, mengusap dan memegangnya.

Hadis Siti Aisyah RA mengatakan bahawa Rasul SAW bersabda:

“Nikmatilah (peganglah) Hajar Aswad ini sebelum diangkat (dari bumi). Ia berasal dari syurga dan setiap sesuatu yang keluar dari syurga akan kembali ke syurga sebelum kiamat”.

Akhir kata, Kita semua tahu jika Hajar Aswad hanyalah batu yang tidak memberikan mudarat atau manfaat, begitu juga dengan Ka’bah, ia hanyalah bangunan yang terbuat dari batu.

Ibadah haji yang dihadiri berjuta-juta umat Islam

Akan tetapi apa yang kita lakukan dalam proses ibadah haji tersebut lebih baik kita niatkan sekadar mengikuti ajaran dan sunnah Nabi SAW.

Umar bin Khatab pun juga pernah mengatakan “Aku tahu bahawa kau hanyalah batu, kalaulah bukan kerana aku melihat kekasihku Nabi SAW menciummu dan menyentuhmu, maka aku tidak akan menyentuhmu atau menciummu”

Jadi apa yang dikerjakan berjuta juta umat islam bukanlah menyembah Batu seperti yang banyak dituduhkan kaum yang kerdil sekali akalnya.

Kerana ada rahsia besar dibalik setiap perilaku Nabi Muhammad saw dan sebab tentu saja apa yang dilakukan oleh beliau pastilah berasal dari Allah, sebagaimana yang terdapat dalam firmanNya : 

“Dan tiadalah yang diucapkannya itu menurut kemahuan hawa nafsunya. Ucapannya itu tiada lain hanyalah wahyu yang diwahyukan" 
(QS. An-Najm : 53)

Allaaahu Akbar, tiada tuhan lagi yang berhak disembah selain Allah dan  Muhammad Saw adalah utusan Allah. Muhammad hanyalah seorang Rasul, sungguh telah berlalu sebelumnya beberapa orang Rasul.

Mulai saat ini mari kita cuba berperilaku sebagaimana Nabi Muhammad, mencontohinya dalam segala tindak tanduk, makan, minum, berpakaian, hingga tidurnya. Sesungguhnya ada rahsia disebaliknya.

Bayi Wajah Ganjil Dilahirkan di Nigeria


Seorang ibu berusia dalam lingkungan 30-an di Iyin Ekiti, Nigeria melahirkan seorang anak yang kelihatan seperti gambaran makhluk asing dalam filem, lapor sebuah akhbar kelmarin.
Ibu itu yang sudah mempunyai dua anak, hamil selama 13 bulan sebelum dia melahirkan anak ganjil tersebut di sebuah hospital di sini menerusi pembedahan pada pukul 2.15 petang pada Khamis lalu.
Kelahiran bayi itu mencetuskan kekecohan di hospital berkenaan kerana beberapa pegawai perubatan membincangkan keganjilan bayi berkenaan.
Pesuruhjaya Kesihatan Negeri Ekiti, Dr. Wole Olugboji mengesahkan kelahiran bayi tersebut.
“Terdapat seorang wanita yang melahirkan seorang bayi ganjil di Hospital Besar Iyin. Bayi itu sudah meninggal dunia tetapi ibunya okey,” katany
Menurutnya, ubat sedatif diberikan kepada ibu itu supaya dia tidak sedarkan diri selepas melahirkan anak tersebut bagi memastikannya tidak melihat anaknya yang ganjil.
Akhbar Vanguard mendapat maklumat bahawa suami wanita tersebut bersetuju supaya pengebumian dilakukan terhadap bayi ganjil itu dengan segera.
Satu sumber memberitahu akhbar tersebut bahawa bayi ganjil itu mempunyai dua mata yang membonjol dan beberapa helai rambut di dahinya.
Bayi itu tidak mempunyai otak.
Satu lagi sumber menyatakan bahawa bayi itu terlalu kecil semasa dilahirkan.
- Agensi


PELIK! IKAN BARRELEYE KEPALA LUTSINAR


Ianya sangat pelik apabila melihat ikan laut dalam dipanggil Barreleye yang mempunyai kepala lutsinar dan mata yang berbentuk tiub. Walaupun terdapat dua bonjolan di atas mulut ikan itu kelihatan seperti mata sebenarnya tidak.

Barreleye Itu (Macropinna microstoma) sangat peka kepada cahaya dengan matanya yang boleh berputar dalam perisai lutsinar yang berisi cecair di kepala. Mata tiub ikan adalah dihadkan oleh kanta hijau cerah. Mata akan berkeliaran apabila ikan sedang mencari makanan . Mereka bergerak ke hadapan apabila ikan itu makan. Kedua-dua tempat di atas mulut ikan adalah organ penghidudipanggil nares, yang mirip dengan hidung manusia. Walaupun barreleye menghala ke bawah, tetapi matanya masih melihat lurus ke atas.


Semua spesies di dalam keluarga Opisthoproctidae ini dikenali kerana mempunyai ultra-sensitif mata berbentuk tiub yang menghadap ke atas, juga disesuaikan untuk mengumpul cahaya.

Menggunakan kenderaan beroperasi jauh saintis telah dapat melihat barreleyes dalam lautan di antara 600 dan 800m. Mendapati bahawa mata Macropinna boleh berputar dalam perisai lutsinar yang meliputi kepala ikan, membenarkan ia untuk melihat apa sahaja yang ia mahu.

Selain "topi" mereka yang mengagumkan, barreleyes mempunyai pelbagai penyesuaian lain yang menarik untuk kehidupan laut dalam. Sirip rata mereka yang besar, membolehkan mereka terus bergerak hampir di dalam air, dan membolehkan bergerak dengan tepat. Mulut kecil mereka menunjukkan bahawa mereka boleh menjadi sangat sesuai dan sedia dalam menangkap mangsanyakecil. Di sisi lain, sistem penghadaman mereka yang sangat besar, yang mana menunjukkan bahawa mereka boleh makan pelbagai jenis haiwan kecil hanyut dan juga jeli.

Saksikan video rakamannya


Eskalator Tertinggi di Dunia


Umeda Sky Building merupakan bangunan ke-7 tertinggi di Bandaraya Osaka, Jepun, dan merupakan salah satu daripada ikon yang paling dikenali di bandaraya itu.

Bangunan ini terdiri daripada 2 menara 40 tingkat yang bersambung diantara satu sama lain pada bahagian paling atas bangunan selain sebuah jambatan dibahagian tengah bangunan itu.

Antara lain bangunan ini turut mempunyai eskalator tertinggi di dunia terletak di bahagian tengah ruang atrium bangunan itu.

Bangunan ini juga dibuka untuk lawatan pelancong. Perjalanan menggunakan eskalator ini akan membuatkan anda terasa seperti melayang ke langit.

Ini adalah cara paling murah untuk melihat bandaraya Osaka, memerlukan kurang dari 10 USD untuk anda naik ke pelantar pemerhatian.









Gambar Hantu Kanak-Kanak Di Kuburan Tanpa Sengaja Dirakam

Kejadian gambar hantu kanak-kanak yang telah dirakam di perkuburan St. Mark di selatan Sydney, Australia telah menggemparkan penduduk. Gambar tersebut telah diambil oleh Renee English dan dia yakin tiada kanak-kanak yang melintasi tanah perkuburan tersebut.

Menurut legenda tempatan, dua kanak-kanak itu ialah David Shaw dan Blanche Moon. Mereka meninggal dunia pada 1886 selepas tergelincir dan ditimpa timbunan kayu.
Menurut English, dia yakin semasa sedang merakamkan gambar di tanah perkuburan itu, tidak ada orang yang berada di kawasan tersebut. Gambar itu kini menjadi perbincangan hangat di beberapa laman blog mengenai hantu di Internet.



NASA hantar kenderaan penjelajah ke Marikh

ROKET Atlas V yang membawa kenderaan penjelajah Makmal Sains Marikh di pusat pelancaran di Cape Canaveral, Florida kelmarin. - Reuters

CAPE CANAVERAL, Amerika Syarikat (AS) - Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Amerika (NASA) bersedia untuk melancarkan kenderaan robotik paling canggih dan berkuasa pernah dibina ke planet Marikh semalam.
Pelancaran tersebut adalah untuk meneroka sekali gus mencari tanda-tanda wujudnya kehidupan di planet merah itu.
Kenderaan enam roda berkenaan yang dinamakan Makmal Sains Marikh (MSL), dijana bahan api nuklear. Ia dijadual dilancarkan pukul 10.02 pagi waktu AS dari Stesen Tentera Udara Cape Canaveral di negeri Florida dengan menggunakan roket Atlas V.
"Inilah mesin idaman saintis-saintis yang mengkaji Planet Marikh," kata timbalan projek MSL, Ashwin Vasavada.
"Ini ialah kenderaan penjelajah yang paling berkeupayaan pernah dihantar, kami amat teruja," tambahnya.
Berharga AS$2.5 bilion (RM7.9 bilion), kenderaan itu mampu menghantar maklumat terperinci mengenai batu-batan di permukaan Marikh dan petanda sama ada kehidupan pernah wujud di planet berkenaan. - AFP

KELUARGA DAJJAL DAN PERMULAAN TIMBULNYA BENCANA


Keluarga Dajjal; ayah, ibu, dan datuk, semuanya, adalah penyembah berhala. Dahulu mereka menyembah sebuah berhala  mirip lembu betina. Sebenarnya berhala itu bukan sekadar patung lembu betina, melainkan syaitan durjana yang menyerupai dirinya dengan patung lembu betina itu. 

[CATATAN:
Telah di ketahui bersama bahawa islam melarang pembuatan patung dan juga berhala. Menurut pandangan islam, rumah tidak boleh dihiasi dengan berhala atau patung. ' Sahih al-Bukhari' dan 'Sahih Muslim' menyebutkan sebuah hadis Nabi Muhammad s.a.w.:
"Sesungguhnya malaikat tidak (akan) masuk ke rumah yang di dalamnya ada berhala atau gambar-gambar.'
(diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim. dengan redaksi di atas dari muslim)

Jika malaikat, yang merupakan manifestasi rahmat dan keredhaan Allah s.w.t., lari dan tidak mahu memasuki rumah yang di dalamnya ada berhala atau lukisan, maka rumah itu pasti akan di isi oleh syaitan dan jin kafir  yang terkutuk.]

Mereka biasa meyembelih haiwan untuk di korbankan kepada berhala yang sebenarnya di persenbahkan kepada syaitan beserta minuman arak yang mereka berikan kepadanya setiap hari. Di samping itu, mereka suka melakukan penghambaan atau persembahan dan ketaatan. setiap pagi, mereka hanya menemukan sisa-sisa dari apa yang mereka korbankan di tempat itu. Mereka menyangka hal itu sebagai tanda bahawa tuhan mereka meredhai apa yang mereka lakukan. Permintaan kedua orang tua Dajjal ialah agar mereka diberi anak laki-laki.

Akhirnya Allah s.w.t. menghendaki terjadi kehamilan pada seorang wanita  yang dilahirkan dari perbuatan zina sesama mahram dengan seorang suami yang juga dilahirkan dari hasil penzinaan antara  mahram. Sementara itu, pekerjaan syaitan adalah ikut masuk kedalam saluran kencing laki-laki penyembah berhala setiap kali ia akan mencampuri istrinya. Jadi, syaitanpun ikut mencampuri isteri penyembah berhala itu bersama-sama suaminya. maka bertemulah campuran sperma dan ovum dari unsur manusia dengan unsur syawat yang penuh kedengkiasn dari jin, sesuai dengan yang ditakdirkan ole Yang Mahakuasa. 

Pada malam yang sangat menakutkan, diiringi hembusan angin, badai salji, dan hujan lebat, pasangan suami-isteri itu mendengar suara dari patung lembu betina liar yang memberitahu bahawa ia telah meredhai keduanya. Bahkan, katanya, ia memeritahkan malaikat untuk mengurniakan kepada seorang anak. Tetapi , jika keduanya tidak memperbanyak ketaatan dan persembahan, serta tidak banyak menumpahkan darah korban, maka ia akan menggantikan anak laki-laki itu dengan anak perempuan.


Dengan penuh khidmat keduanya bersujud dan bersimpuh di hadapannya dan menegaskan bahawa mereka menginginkan anak laki-laki. Lalu patung syaitan itu menyuruh mereka untuk menyembelih seekor lembu betina gemuk dan besar, kemudian diletakkan di hadapannya , sementara mereka berdua dilarang untuk masuk ke tempat itu sepanjang malam.



Sesungguhnya, syaitan telah mempermainkan mereka berdua untuk melakukkan apa sahaja menuruk kehendak dan kemahuannya. Dari satu segi, syaitan melihat apa yang tidak dapat mereka lihat sebagai manusia biasa. Sebab, jin apa yang ada di dalam jasad manusia. Seakan-akan kedua matanya bagaikan sinar-X (x-ray), sehingga boleh melihat kandungan perempuan sejak awal. Kerana syaitan tidak mengetahui apa yang terjadi, apakah anak itu perempuan atau laki-laki, sementara ia mengetahui kerinduan seorang suami akan kelahiran anak laki-laki yang akan membawa harum nama ayahnya, di samping mengetahui secara pasti keinginan wanita untuk membuat redha suaminya, maka ia segera menyatakan anak itu laki-laki. Tetapi jika ternyata Allah berkehendak menentukan tersebut perempuan, maka syaitan memberitahu kepada pasangan suami isteri itu bahawa mereka tidak di redhai, atau keduanya tidak ikhlas dalam pengorbanannya, atau riak, hanya ingin pujian dari manusia. Begitulah kecerdikan tipuan syaitan. Padahal, masalahnya sangat sederhana dan tidak sukar. Bukankah jin sangat menyukai kebohongan, penipuan, dan kepalsuan sebagaimana manusia menyukai air sejuk di hari yang sangat panas? 



Pernyataan itu bukan berasal dari pendapat dan pandangan pemikiran saya.  Perkataan tersebut terdapat di dalam pelbagai tulisan pada beberapa alat tulis seperti batu dan manuskrip di atas batu-batu di kota Irbid di kerajaan Jordan. disebabkan peredaran dan putaran zaman, lukisan dan manuskrip pada batu-batu yang berisi tulisan-tulisan itu dicuri atau menghilang. Tidak seorangpun mengetahui di mana semuanya itu disembunyikan atau kemana menghilang. Tetapi pengriwayatannya masih tersimpan dalam otak sebahagian Ulama yang menerimanya, secara turun-menurun, dari datuk-nenek mereka di Syam bahawa dulu pernah tersebar berita tentang kelahiran seorang anak laki-lakisesudah berlalu tiga puluh tahunusia perkahwinan kedua oarng tua-tuanya tanpa melahirkan seorang anak pun. Mereka juga meriwayatkan secara turun-menurun bahawa kedua mata anak itu cacat sejak lahir. Ia suka tidur malam siang serta jarang bangun untuk menghisap air susu ibunya yang berbadan besar.



Hal itu sejalan dengan sabda Rasullullah sallaallahu 'alaihi wasallam mengenai Dajjal, yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad dalam Musnadnya:



"Ayahnya tinggi, gemuk, dan hidungnya seperti paruh burung. sedangkan ibunya fardha khiyah, yakni banyak dagingnya dan gemuk badannya. Kedua tangan panjang, dan kedua teteknnyapun besar,"



Oleh kerana anaknya tidak di susui oleh ibunya, maka ibunya tekena penyakit yang ditimbulkan oleh tertahannya air susu. bahkan dapat mengakibat keracunan yang berakhir dengan kematiannya.Jadi anak laki-laki itu sejak awal memangtelah mendatangkan kesialan kepada ibunya dan bahkan sangat membahayakan ibunya sekalipun. Halitu sesuai dengan yang dikatakan junjungan kita, Nabi Muhammad sallalahu 'alaihim wassalam yang sangat jujur dan benar itu.



Yang sungguh mengejutkan pula ialah bahawa anak laki-laki itu selama beberapa tahun diam dan hanya bergerak beberapa kali sahaja, sehingga orang tuanya menyangka bahawa ia lumpuh atau tuhan-tuhan mereka memurkainya. Maka mereka   pun menyajikan pelbagai sajian tanda ketaatannya, tetapi sang anak laki-laki itu tetap sahaja seperti itudan tidak mengalami perubahan.



Tiba-tiba pada suatu malam, anak itu bergerak, meskipun sepanjang hidupnya sejak empat tahun sebelumnya ia belum pernah berjalan. Padhal orang tuanya telah memberinya air susu kambing di sertai usaha membangunkan dan mendudukkannya. Anak itu hanya meminum susu setegukatau dua teguk sahaja, lalu ia tidur lagi. Orang tuanya tidak pernah merasa tenang, apakah anaknya masih hidup.Mereka pun meletakan tangan dan telinga mereka pada anak itu. Ternyata mereka mengetahui bahawa anaknya masih hidup. Betul apa yang dikatakan Rasulullah sallallahu 'alaihiwasalam; "Kedua matanya tidur, tetapi hatinya tetap terjaga."



Tiba-tiba anak itu bergerak bangun, sementara orang tuanya ada di sisinya sedang tidur. Ia cuba merangkak di atas kedua tangan dan kedua kakinya, tiba-tiba ia mampu berdiri di atas kedua kakinya. Kemudian ia berjalan perlahan-lahan tanpa di ketahui kedua orang tuanya, seakan-akan ada ruh lainyang menyusup ke dalam tubuhnya seraya memberitahu dan menuntunnya untuk berdiri dan berjalan. Tentu saja ia bukan ruh lain, melainkan jin syaitan (jinni mutasyaitan).



Memang kedua mata anak laki-laki itu cacat, dan ia dirasuki syaitan yang bersemayam dalam patung lembu. Lalu syaitan itu membawanya kepada patung lembu betina. Kemudian ia ditinggalkan tidur disisi patung tersebut. Sang ayah pun bangun mendaoati anaknya tertidur di pangkuan tuhan-tuhan (dari patung lembu betina). Ia mencuba untuk memahami apa yang terjadi. Tetapi bagaimana mungkin ia dapat memahami hal itu dengan kaca mata kemusyrikannya? Sang ayah cuba memanggil tetangganya yang tidak mempercayainya, teapi mereka menuduhnya bahawa sang ayahlah yang membawa anakitu dan meletakannya di pangkuan tuhan-tuhan tersebut. sebab, sepengetahuan mereka, anak itu lumpuh dana hanya dapat duduk. Berita pun semakin menyebar. berduyun-duyunlah orang datang untuk menyaksikandari dekat kejadian anehyang terjadi pada anak laki-laki itu. Bahkan, ramai pula yang mencari berkah darinya. Namun, mata-mata hakimtidak mahu menerima begitu saja.Mereka membawa ayah anak itu ke hadapan hakim kota yang kemudian memaksanya umtuk mengakui apa yang sebenarnya terjadi. Ia dipaksa untuk mengakui bahawa ia yang membawa anak tersebut ke pangkuan patung lembu betina. Tetapi sang ayah berkeras menolak dakwaan hakim. Lalu hakim memerintahkan supaya sang ayah didera dan dimasukkan ke dalam penjara.



Kemudian, harus diakui ketika itu bahawa tidak ada yang berhak dituruti titahnya kecuali hakim agung yang menguasai negeri tersebut. Pada gilirannya, muncullah protes keras dan serangan dasyat yang menginginkan kematian setiap orang yang menyembah lembu betina.



Ketika ia melihat dan merasakan bermacam-macam seksaan, terpaksalah ia berbohong. lalu ia mengumumkan di hadapan hakim dan penduduk negeri bahawa tidak ada tuhan selain hakim, dan bahawa tidak yang dapat memberi manfaat dan meninpakan bencana selain hakim. hanya hakimlah pembawa berkah dan membahagi-bahagikanya. Dengan pengakuan bohong itu, hakimpun berkanan untuk segera mengeluarkanya dari penjara, dan agar anaknya dijaga dengan hati-hati dan tidak boleh keluar dari istana hakim. Tidak salah lagi, anak itu sangat membahayakan orang tuanya. Ayahnya di penjara dan diseksa dengan hebat. Kemudian ia harus kehilangan anaknya untuk selama-lamanya.



SUMBER DARI PENULIS MUHAMMAD ISA DAWUD KARANGAN BUKU BERTAJUK "DAJJAL AKAN MUNCUL DARI KERAJAAN JIN DI SEGITIGA BERMUDA."




Animated Flying Twitter Bird





Copy kod di bawah.
Selepas itu pergi ke Blogger Dashboard > Design > Edit HTML .
Cari </body> tag dan letakkan kod tadi di atasnya.
Save template anda.


<!-- Twitter Bird Widget for Blogger by Way2blogging.org -->
<script type="text/javascript" src="http://bloggerblogwidgets.googlecode.com/files/way2blogging.org-tripleflap.js">
</script>
<script type="text/javascript">
var twitterAccount = "letak username akaun twitter anda";
var tweetThisText = " <data:blog.pageTitle/> : <data:blog.url/> ";
tripleflapInit();
</script>
<span style="font-size:11px;position:absolute;"><a title='Blogger Widget by facebookhacking99.blogspot.com' href="http://www.way2blogging.org" target='_blank'>Blogger Widgets</a></span>
<!-- Twitter Bird Widget for Blogger by facebookhacking99.blogspot.com -->

DOWNLOAD OUR WEBSITE APP

DOWNLOAD APLIKASI KAMI DI SINI

LIKE US ON FACEBOOK!

Followers

Blog Archive