background img

PERKONGSIAN MAKLUMAT

10 Fakta Bangang Bolasepak yang wajib tahu


  1. Jersey yang paling besar di dunia adalah New Jersey di Amerika.
  2. Ramai peminat bola suka cari port terbaik untuk tengok bola secara live tetapi tidak ada peminat yang mahu ke 'PORT KELANG atau PORT SWETTENHAM'
  3. Kelab yang benar2 ada pemain yg mengguna kaki untuk bermain bola adalah Real BETIS.
  4. Antara 2 kelab di Madrid cuma 1 saja kelab asli manakala 1 lagi palsu .Ini kerana cuma REAL Madrid saja membuktikan melalui nama nya tetapi tidak Atletico Madrid.
  5. Ronaldinho adalah satu2 pemain yang akan sentiasa tersenyum walau dalam kesakitan.
  6. Pemain yang sering di tanya mengenai hutang adalah pemain Spurs..Ade Bayor ?
  7. Kelab Malaysia yg mampu berdiri sama tinggi dgn kelab2 luar negara seperti Man Utd,Newcastle Utd,West Ham Utd,Dundee Utd dll adalah Felda United.
  8. Roberto Mancini tiada kaitan dgn Tasik Cini di pahang
  9. Chelsea bercadang menukar nama SAMSUNG di jersi mereka kepada SAMSENG supaya lebih di takuti lawan
  10. Jika Suarez berterusan menipu maka seluruh peminat bola akan mendesak supaya nama STANDARD CHARTERED di tukar pada STANDARD CHEATED pada jersi Liverpool.
credit to SEHINGGIT


Alasan Paling Popular Bagi Wanita Yang Enggan Menutup Aurat


Alasan Paling Popular Bagi Wanita Yang Enggan Menutup Aurat

1. Semua yang tutup aurat, kompom masuk syurga ke?!

- Dik, yang pasti, jika tidak menutup aurat, confirm masuk neraka.

2. Pakai jarang ke, ketat ke, itu hak kami. Kalau tak suka, jangan tengok.

- Dah lalu lalang depan mata, suka tak suka pasti tertengok jugak. Adakah kita berani menjamin bahawa semua lelaki ajnabi mempunyai hati suci dan iman yang tinggi untuk menahan godaan syaitan?!

3. Kami rasa apa yang kami pakai tak seksi. Terpulang kepada individu yang memandang kami...

- Seksi atau tidak, kita tetap berdosa walaupun hanya menayang sehelai rambut.

4. Walaupun kami tidak bertudung, kami tetap sembahyang dan puasa.

- Kita yakinkah bahawa ibadah kita itu sudah cukup untuk menjamin kita ke syurga?!

5. Suka hati kamilah nak pakai macam ni. Kami tak susahkan hidup orang lain.

- Anda sebenarnya telah menyusahkan bapa, suami, saudara lelaki dan anak lelaki anda dengan menarik mereka ke neraka bersama anda disebabkan mereka tidak menegur dan gagal mendidik anda.

6. Apa yang kami pakai, ini antara kami dengan Tuhan.

- Berani cakap kat dunia. Berani ke cakap macam tu depan Allah nanti?! Lawan perintah Allah, neraka tempatnya.

7. Kami pakai seksi macam ni sebab ikut arahan photographer/pengarah filem untuk disesuaikan dalam scene.

- Sanggup patuh arahan mereka yang hanya manusia biasa daripada patuh suruhan Allah?!

8. Bukan kami tak mahu menutup aurat, cuma masih belum sampai seru.

- Macam mana seru tu?! Nasihat yang diberi tu, seru lah tu. Nak seru macam mana lagi? Mati tidak mengenal usia. Takut tak sempat nak bertaubat nanti.

9. Takkan nak buat perubahan secara drastik? Slow-slow la...

- Boleh ke cakap kat Malaikat Izrail nanti, "Tunggu la kejap. Lapak la dulu. Jangan ambil nyawa aku dulu..."

10. Tutup aurat tu bagus, tapi kami tidak mahu hipokrit kerana tidak ikhlas melakukannya.

- Kalau begitu anda sebenarnya memang hipokrit. Mengaku sebagai Islam, mengaku sebagai hamba Allah, mengaku sebagai umat Muhammad, namun segala suruhan agama, segala perintah Allah, segala pesanan Rasulullah, semuanya anda tak buat. Ikhlas tak ikhlas lain cerita, yang penting WAJIB buat!

Islam itu mudah. Islam itu indah. Jangan jadi manusia yang ****h sombong kepada Tuhannya..



follow me at BLOGR

SHOUTBOX

LIKE US ON FACEBOOK!

Followers