background img

PERKONGSIAN MAKLUMAT

KPDNKK rampas perisian komputer cetak rompak

GEORGETOWN - Bahagian Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) merampas 97 keping cakera padat perisian komputer cetak rompak bernilai RM266,100 dalam serbuan berasingan di Butterworth dan di Bukit Mertajam semalam.
Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDNKK cawangan Pulau Pinang, M. Guna Selan berkata, bertindak atas maklumat awam, sepasukan pegawai penguatkuasa menyerbu sebuah kedai menjual CD di Mak Mandin di Butterworth dan menahan seorang lelaki berusia 40-an yang dipercayai pengurus syarikat.
"Dalam serbuan pukul 3 petang itu, pegawai penguatkuasa menyita enam buah komputer dan empat unit pemprosesan data bernilai RM12,000, serta 21 keping CD perisian cetak rompak bernilai RM238,500,” katanya di sini hari ini.


Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment

DOWNLOAD OUR WEBSITE APP

DOWNLOAD APLIKASI KAMI DI SINI

LIKE US ON FACEBOOK!

Followers

Blog Archive