background img

PERKONGSIAN MAKLUMAT

hebat!!Lembu ni tunggu bas..

IJOK - Jika sebelum ini lembu ternakan dibiarkan lepas tanpa pemantauan pemilik, kini kawasan hentian bas di sepanjang laluan dari Assam Jawa menuju ke Ijok pula menjadi kandang sementara pada waktu malam.

Lebih dikesalkan, semua pokok hiasan yang ditanam sepanjang laluan tersebut musnah dimakan haiwan ternakan itu.

Seorang penduduk, Mohd Yusof Abd Rahim berkata, isu itu sudah berlarutan sejak dahulu lagi dan apabila dikemukakan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT), ia bagai dipandang remeh.

“Penduduk di kawasan Ijok terutamanya yang tinggal di taman perumahan bengang dengan keadaan yang tidak berkesudahan ini, penternak sewenang-wenangnya melepaskan haiwan tanpa memikirkan kesannya.

“Saya lihat tanaman pokok hiasan di sepanjang laluan ini banyak yang rosak, kelibat haiwan ini tidur di hentian bas juga menyebabkan timbul masalah bau,” katanya.

Mohd Yusof berkata, najis lembu yang bertaburan dan meninggalkan bau kurang menyenangkan memberi imej buruk di kawasan yang menjadi pentadbiran Menteri Besar itu.

Katanya, masalah itu meskipun dipandang remeh, tindakan tegas terhadap pemilik perlu diambil agar ia tidak berlarutan.

Jelasnya, penduduk mencadangkan agar haiwan ternakan itu ditangkap dan disimpan sementara menunggu pemilik tampil menuntut.

“Mereka wajar dikenakan kompaun atau denda mengikut jumlah lembu yang berjaya ditangkap, tindakan ini wajar sebagai peringatan supaya pemilik tidak mengambil jalan mudah terhadap haiwan ternakan mereka,” katanya.

Sementara itu, Yang Dipertua Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS), Noraini Roslan menjelaskan, MDKS kini berusaha untuk mencari mekanisme terbaik menangani isu gangguan haiwan ternakan itu.

“Cadangan yang diberikan penduduk disambut baik, namun PBT berdepan sebarang kemungkinan yang diambil pemilik termasuk saman sekiranya haiwan ternakan mereka mati atau sebagainya.

“Jadi, MDKS bersama agensi berkaitan akan berbincang bersama bagi mencari jalan penyelesaian terbaik untuk membantu menyelesaikan masalah penduduk,” katanya ketika menjelaskan isu itu pada Program Khas Mesra Rakyat di Stadium Tertutup Kuala Selangor.

Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment

DOWNLOAD OUR WEBSITE APP

DOWNLOAD APLIKASI KAMI DI SINI

LIKE US ON FACEBOOK!

Followers

Blog Archive