background img

PERKONGSIAN MAKLUMAT

WANITA DITEMUI MATI DI JERUT DAN DITIKAM


KUALA LUMPUR: Seorang pembantu peribadi di sebuah syarikat teknologi maklumat ditemui mati berlumuran darah dengan kesan jerutan dan tikaman pada leher di dalam keretanya di parkir sebuah Pusat Perniagaan di Seri Kembangan, di sini malam Jumaat.
Ketua Polis Daerah Serdang, Superintendan Abd Razak Elias berkata mangsa, 39, ditemui oleh suaminya setelah mangsa tidak pulang ke rumah selepas waktu bekerja.
“Kelewatan mangsa pulang ke rumahnya di Bandar Kinrara, Puchongmenyebabkan suaminya risau dan terus menghubungi majikan serta mencarinya sebelum mangsa ditemui kira-kira pukul 10.30 malam kira-kira 200 meter dari tempat kerjanya,” katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini, Sabtu.
Abd Razak berkata ketika ditemui kereta mangsa jenis Honda City itu tidak berkunci serta bertutup rapat dan mayat mangsa berada di tempat duduk hadapan bahagian penumpang.
Beliau berkata pemeriksaan di tempat kejadian, polis menjumpai sebilah pisau sepanjang enam inci dan seutas wayar sepanjang 30 sentimeter yang dipercayai digunakan suspek dalam kejadian itu.
Katanya polis kini sedang menyiasat motif pembunuhan dan mengikut siasatan awal pihaknya tidak menolak ia dilakukan lebih daripada seorang suspek namun tiada sebarang tanda berlakunya pergelutan.
“Kita tidak menolak suspek melakukan jenayah ketika keadaan hujan lebat menyebabkan tindakannya gagal dikesan orang awam,” katanya.
Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan mayat mangsa dihantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat. - BERNAMA

Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment

DOWNLOAD OUR WEBSITE APP

DOWNLOAD APLIKASI KAMI DI SINI

LIKE US ON FACEBOOK!

Followers

Blog Archive