background img

PERKONGSIAN MAKLUMAT

Bekukan Otak Untuk Hidup Di Masa Hadapan

Manusia sanggup melakukan apa sahaja untuk memenuhi keegoannya.Inilah yang dilakukan oleh Innokenty Osadchy 35 tahun yang beranggapan kematian tidak sesuai untuknya.

"Saya tidak pernah mahu mati lagi...sebab kematian tidak sesuai untuk saya," katanya .  Pegawai pelaburan bank itu yakin dia telah menemui kelemahan daripada kematian.

Osadchy telah bersedia untuk membelanjakan sejumlah wang untuk membekukan otaknya. Tindakan ini dilakukan sementara dia menunggu kecanggihan teknologi masa hadapan yang membolehkannya meneruskan kehidupan. Kaedah itu boleh dilaksanakan setelah otaknya dipindahkan ke dalam sekujur tubuh baru dan dihidupkan semula.

"Mengapa saya perlu mati dalam tempoh beberapa dekad lagi?

"Saya tidak ingin mati. Tidak dalam setahun atau sejuta tahun akan datang," katanya.

Osadchy merupakan sebahagian daripada pelanggan syarikat pembekuan bahagian-bahagian tubuh si mati atau cryonic, KrioRus. Mereka percaya otak beroperasi seperti sebuah pemacu cakera komputer yang boleh dibekukan isi kandungannya dan disimpan untuk masa hadapan.

Bagi Osadchy, segala-gala yang bersifat ketuhanan dan berkuasa ghaib seperti puntianak, syurga dan neraka hanya fantasi semata-mata.

"Kita tahu bahawa personaliti manusia tersimpan di dalam otak. Jadi, apabila seseorang itu telah berusia, tiada sebab untuk kita menyimpan tubuh itu lagi," kata Danila Medvedev yang menguruskan KrioRus. KrioRus merupakan syarikat pembekuan bahagian-bahagian tubuh si mati pertama di luar Amerika Syarikat (AS).

Menurut Medvedev, KrioRus telah berusaha menyakinkan para pelanggannya bahawa pembekuan otak merupakan kaedah pemeliharaan yang lebih murah dan selamat.

Kaedah pembekuan manusia sebagai harapan untuk dihidupkan semula pada masa hadapan sebenarnya merupakan satu prosedur haram di Perancis dan di mana-mana negara di dunia. Namun, setakat ini, KrioRus telah menyimpan empat tubuh dan lapan kepala manusia di dalam tong-tong besi berisi cecair nitrogen.

Sejak dilancarkan pada tahun 2005, KrioRus telah membina banyak tong besi baru. Ini bagi menampung keperluan 30 orang pelanggannya termasuk Osadchy yang telah memiliki kontrak. Yuran untuk prosedur pembekuan otak ialah RM41,633 manakala pembekuan seluruh tubuh ialah sebanyak RM124,918.

Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment

DOWNLOAD OUR WEBSITE APP

DOWNLOAD APLIKASI KAMI DI SINI

LIKE US ON FACEBOOK!

Followers

Blog Archive