background img

PERKONGSIAN MAKLUMAT

GRO hotel bajet kena cekup

SEREMBAN - Biarpun polis kerap melakukan operasi bagi membanteras kegiatan maksiat, namun khidmat pelayan pelanggan (GRO) di negeri ini masih belum ada tanda kesudahan.
Ini terbukti dengan tertangkapnya 34 wanita disyaki menjadi GRO ketika sedang leka melayan pelanggan di tiga hotel bajet sekitar bandar ini, petang kelmarin.
 
Operasi bermula kira-kira 3 petang itu membabitkan sepasukan pegawai dan angggota Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri, diketuai Pegawai Turus D7 negeri, Asisten Superintendan Yusharifuddin Mohd Yusop.
 
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Komisioner Hamdan Majid berkata, dalam serbuan itu, polis turut menemui lebih 100 kondom selain tisu dan minyak pelincir.
 
“Dalam serbuan pertama, kita menahan 12 wanita warga Indonesia disyaki GRO dan turut menemui 21 kondom serta dua gulung tisu.
 
“Manakala, serbuan kedua terhadap sebuah lagi hotel apabila seramai 13 wanita, sebahagian besar warga tempatan ditahan termasuk merampas 43 kondom dan dua gulung tisu.
 
“Ketika serbuan terakhir, lapan wanita warga tempatan dicekup termasuk menemui 45 kondom dan satu gulung tisu,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.
 
Hamdan berkata, selain semua wanita berusia 23 hingga 58 tahun itu, pihaknya turut menahan tiga lelaki dipercayai penjaga premis berkenaan bagi membantu siasatan.
 
“Seramai 11 pelanggan termasuk warga asing berusia lingkungan 20 hingga 60-an yang berada dalam semua premis berkenaan turut ditahan.
 
“Kesemua mereka ditahan reman sehingga 6 Mac ini untuk siasatan lanjut,” katanya.
 
Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 372 B Kanun Keseksaan kerana menjalankan kegiatan pelacuran.

Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment

DOWNLOAD OUR WEBSITE APP

DOWNLOAD APLIKASI KAMI DI SINI

LIKE US ON FACEBOOK!

Followers

Blog Archive