background img

PERKONGSIAN MAKLUMAT



gambar Budak Sekolah Buat Maksiat Tepi Jalan


Dibalik kecantikan yang luar biasa tersebut, sebenarnya Nong Poy adalah seorang pria yang melakukan operasi kelamin pada usia 17 tahun.

“Wanita” transgender kelahiran 1984 ini memiliki tinggi 171 cm, ukuran badan: 33-24-36 dan massa: 48 kg. Jiwa kewanitaannya sudah mulai ia rasakan sejak dia duduk di bangku SD. Ia merasa dirinya lebih cocok memiliki tubuh wanita dan dia sudah bermimpi untuk menjadi seorang perempuan tetapi dihadapan orang tuanya dia bersikap seperti anak laki-laki. Karena dia merasa risih dengan ‘organ’ prianya dia melakukan operasi pada saat berumur 17 tahun.

Pada awalnya dia sangat takut akan operasi tersebut, tetapi setelah berkonsultasi dengan banyak dokter akhirnya dia memutuskan untuk melakukan operasi. Proses operasinya sangat menyakitkan bagi Poy. Dia mengalami sakit yang luar biasa tapi demi cita-citanya menjadi seorang perempuan, dia seakan tidak peduli dengan rasa sakitnya pada saat itu. Setelah dia berubah menjadi ‘wanita’ rasa sakit itu dianggapnya sebagai bayaran yang setimpal.

Dua tahun pasca operasi, Nong Poy berhasil memenangkan kontes kecantikan ‘Miss Tiffany‘ saat dia berumur 19 tahun. Pada tahun yang sama, Nong Poy menjadi Miss International Queen (lady-boy) 2004. Ia semakin dihargai tidak semata karena prestasi internasional yang ia raih. Namun, kecantikan (wajah) ia peroleh terjadi secara alami pasca operasi dan terapi hormon. Tidak seperti wanita trasgender lainnya, Nong Poy tidak melakukan operasi plastik pada wajahnya. Ia hanya melakukan operasi pada tubuhnya dan menggantikan kelaminnya menjadi wanita.

Oleh karena itu, ia pun dibanjiri orderan sebagai model, bintang iklan, pembawa acara di Thailand. Selain cantik, Nong Poy juga cerdas dan berbakat. Kepintaran dan kecantikannya pada akhirnya dapat diterima dengan baik oleh masyarakat Thiland. Setidaknya karena ia telah membawa nama Thailand dalam ajang internasional.




Lelaki Tercantik Di Dunia - Thailand


Resepi rahsia disebalik kesedapan McD


Dosa 24 jam di facebook


lawak LELAKI MIANG


buat projek di taman


cara main mercun


cara baling bom terbaik


BERANI BETUL PEMANDU LORI,APABILA DIA MEMPERMAIN POLIS


Jangan Add Bos Korang Kat Facebook


PELABUHAN KLANG: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Selangor menumpaskan cubaan satu sindiket antarabangsa menyeludup kira-kira 492.4 kilogram gading gajah bernilai RM2.4 juta di Pelabuhan Barat di sini. 

Pengarahnya, Datuk Azis Yacub, berkata gading berkenaan berasal dari Cape Town, Afrika Selatan, ditemui dalam sebuah kontena yang telah ditahan oleh bahagian penguat kuasa jabatan itu menerusi satu sistem pengesan, Jumaat lalu.
"Dagangan dalam kontena itu diikrar sebagai 'Polyester and Nylon Strand Matting' dan apabila diperiksa dengan teliti pihak kami menemui bungkusan gading gajah yang dimuatkan dalam 14 buah kotak yang diletakkan di bahagian belakang kontena bersama dengan muatan tayar terpakai," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Azis berkata, siasatan awal mendapati gading itu dari Pelabuhan Cape Town, menuju ke destinasi terakhir iaitu Pelabuhan Klang. 

"Pihak kami berjaya memintas barang-barang tersebut di Pelabuhan Barat," katanya. 

Beliau berkata, belum ada tangkapan dibuat dan kes disiasat mengikut Seksyen 135(1)(g) Akta Kastam 1967 iaitu dengan tipu daya bagi tujuan untuk menyeludup barang-barang larangan Kastam. 

Jika sabit kesalahan, boleh dikenakan denda tidak kurang 10 kali ganda nilai barang (minimum) dan tidak lebih 20 kali ganda nilai barang (maksimum) atau dipenjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya. 
Sementara itu, Azis berkata sepanjang tahun lalu, JKDM Selangor turut merampas barang-barang kontraban atau belum lulus kastam bernilai hampir RM200 juta yang melibatkan cukai berjumlah lebih RM97 juta. 

Antara komoditi utama yang dirampas termasuklah pelbagai jenis rokok termasuk rokok kretek, minuman keras, jubin, dadah dan barangan elektrik. 

Katanya, melalui rampasan barangan komoditi itu sebanyak 496 kertas siasatan sudah dibuka dan 380 orang sudah disiasat sepanjang tahun lalu. 

Beliau turut meminta awam yang mempunyai maklumat berhubung kes penyeludupan agar segera menghubungi jabatan itu menerusi talian bebas tol 1-800-88-8855. 
- BERNAMA 

Kastam Selangor rampas gading RM2.4 juta


KOTA BHARU -Tindakan seorang wanita warganegara Indonesia melarikan diri daripada majikan akhirnya membawa padah apabila dia terpaksa menjadi hamba seks kepada pengutip kotak yang ditemuinya tujuh bulan lalu.

Perbuatan sumbang lelaki warga emas yang mempunyai isteri itu akhirnya terbongkar dan dia dicekup pihak berkuasa Rabu lalu.

Suspek yang berusia 61 tahun itu ditahan reman selama tujuh hari bermula Khamis lalu selepas ditangkap dalam serbuan di sebuah pondok usang dekat sini.

Lelaki terbabit ditahan selepas polis menerima laporan daripada mangsa yang berusia 24 tahun itu kerana tidak tahan dengan perbuatan suspek bertindak mengurungnya selain mengadakan hubungan seks bagi memuaskan nafsunya.
Difahamkan, sebelum suspek merogol mangsa, dia terpaksa menelan pil atau minum minuman keras untuk menguatkan nafsu seksnya.

Lebih kejam, warga emas terbabit merogolnya empat kali seminggu dan dikatakan melampiaskan nafsu serakahnya di dalam sebuah bangsal uzur terletak berhampiran kubur untuk mengelak diketahui isterinya. Mangsa yang dipercayai melarikan diri daripada majikannya di Wakaf Bharu, Tumpat, mengadu dirogol berkali-kali oleh warga emas terbabit sejak Jun tahun lalu.

Sebelum kejadian, mangsa dikatakan mahu menyerahkan diri di pejabat Imigresen di Jalan Telipot dan terserempak dengan suspek yang mengutip kotak di kawasan itu sebelum dibawa ke beberapa buah rumahnya di sekitar Kota Bharu sejak Jun lalu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Superintendan Idris Abd. Rafar ketika dihubungi mengesahkan perkara tersebut dan menahan suspek untuk disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol dan jika disabitkan kesalahan boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan sebatan.

“Mangsa yang tidak mempunyai sebarang dokumen itu diserahkan kepada Jabatan Imigresen dan kini ditahan di rumah Perlindungan Imigresen,” katanya.

Wanita jadi hamba seks


Lambakan warga asing yang melepak menghabiskan masa hujung minggu di Terminal Melaka, dekat sini ternyata membimbangkan rakyat tempatan.

Biarpun warga asing terbabit tidak melakukan sebarang kegiatan jenayah, namun kewujudan mereka beramai-ramai sehingga memenuhi setiap ruang terminal bas itu ternyata merimaskan.

Situasi itu turut menyebabkan orang ramai yang berada di Melaka Sentral seolah-olah merasakan mereka berada di negara asing dengan riuhan gelagat warga asing daripada Indonesia, Bangladesh, Nepal, Vietnam dan Myanmar itu.

Dipercayai kesemua warga asing terbabit bekerja di negeri ini dan mengambil peluang menghabiskan cuti hujung minggu atau cuti umum di bandar dan menjadikan pengangku-tan awam sebagai kenderaan mereka untuk ke sana-sini.

Seorang pelajar sebuah institusi pengajian tinggi, Nursuraya Zulkifli, 24, berkata, dia rimas dengan kewujudan warga asing terbabit.

Menurutnya, terminal bas yang menjadi perantara dia mendapatkan bas untuk balik ke kampus di Shah Alam dan ke kampungnya di Jasin seolah-olah berubah jadi ‘perkampungan antarabangsa'.

“Wajah mereka ini memang menakutkan dan tidak dinafikan saya agak takut berdepan dengan mereka kerana kes jenayah yang berlaku sering mengaitkan warga asing.

“Selain itu, warga asing ini juga tidak menitik beratkan kebersihan sehingga menimbulkan bau kurang menyenangkan setiap kali terpaksa berkongsi bas dengan warga asing ini,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di Melaka Sentral, dekat sini semalam.

Bagi seorang lagi pelajar rakyat tempatan. Tyson Edmund Den, 24, dianggarkan kira-kira 60 peratus pengunjung di Melaka Sentral pada hujung minggu adalah warga asing.

“Keadaaan ini rasanya sudah lima tahun lalu berlaku dan masih tidak berubah. Walaupun kini saya jarang menggunakan perkhidmatan bas, tetapi sering mendengar rungutan rakan-rakan yang tidak boleh menerima keadaan terminal dikuasai warga asing,” katanya.

Tyson turut meminta pihak berkuasa mencari jalan mengatasi lambakan warga asing ini untuk mengelakkan kemungkinan masalah seperti jenayah atau mencemarkan imej bandar.

Bagaikan di negara asing


 Lebih 5,500 artifak seperti rantai berlian, tembikar China dan bahagian serta peralatan dari kapal Titanic yang terkenal di seluruh dunia dengan insiden karam menyayat hati akan dilelong sempena ulang tahun ke-100 tragedi itu pada 11 April depan.

Kesemua artifak tersebut akan dilelong sebagai satu koleksi tunggal di rumah lelongan Guernsey di New York berhampiran pelabuhan yang sepatutnya menjadi lokasi terakhir Titanic berlabuh selepas melakukan pelayaran pertamanya.

Presiden Guernsey, Arlan Ettinger berkata, tujuan kesemua artifak mempunyai nilai tersendiri itu disenaraikan sebagai koleksi tunggal bagi mengelakkan ia terjejas dan musnah.

Ribuan artifak Titanic akan dilelong


MENLO PARK - Sebanyak 45,000 akaun pengguna laman sosial, Facebook di Eropah telah diserang virus ramni sehingga menyebabkan mereka terpaksa menukar kata laluan secara serta-merta.

Sementara itu, agensi keselamatan siber, vendorSeculert melaporkan puluhan ribu akaun pengguna Facebook di Perancis dan Britain telah digodam pihak tidak bertanggungjawab untuk mendapatkan nama dan kata laluan mereka.

Ini kerana hasil siasatan mereka mendapati kebanyakan pengguna menggunakan kata laluan yang sama untuk perkhidmatan dalam talian lain dan ia telah menjadi antara sebab penjenayah mahu mendapatkan maklumat dengan mudah melalui serangan virus itu.

Jurucakap Facebook menyatakan pengguna boleh melindungi akaun dengan tidak menekan mana-mana pautan asing dan mencurigakan yang muncul secara tiba-tiba pada halaman mereka.

Virus serang 45,000 akaun Facebook


ACCRA - Adakah anda pernah terfikir untuk melihat keranda dalam pelbagai rupa dan bentuk yang pelik?

Kini, ia tidak mustahil lagi dengan kemunculan keranda pelbagai bentuk seperti ikan jerung, buah nanas, telefon bimbit dan kereta mewah hasil kerja tangan tukang kayu dari Ghana.

Paa Joe, 66, pakar membuat keranda dari Afrika barat itu, berjaya menarik perhatian ribuan pengunjung dengan rekaan pelik kerandannya dalam sebuah pameran seni di Galeri Jack Bell, Britain pada tahun lalu.

Joe kini bekerja di sebuah kedai pertukangan kayu Kane Kwei di Accra.

Pengasasnya, Kane Wei memulakan perniagaannya sekitar 1950-an dan telah mencipta mencipta keranda seakan-akan bentuk kapal terbang untuk mendiang neneknya.

Perniagaan tersebut kini telah berkembang dan semakin mendapat permintaan di Britain selepas pameran seni itu diadakan.

Joe kini semakin sibuk menyiapkan tempahan keranda pelbagai bentuk seperti pisang, robot dan lokomotif.


SUMBER

Keranda pelik jadi tarikan


QUEENSLAND - Apa akan terjadi apabila sekumpulan kanak-kanak diberi ribuan pelekat berwarna-warni untuk menghiasi sebuah bilik putih dalam tempoh dua minggu?

Kanak-kanak pasti seronok untuk menghias bilik itu berdasarkan idea dan kreativiti mereka tanpa campur tangan golongan dewasa.

 Oleh itu, seorang artis berbakat, Yayoi Kusama, 82, menggunakan idea kreativiti berbeza kanak-kanak dalam hasil seni terbarunya yang boleh dianggap menarik dan unik, digelar sebagai ‘Look Now, See Forever’.

Sejak 1950-an, artis berpengaruh ini telah menghasilkan hasil seni menakjubkan menggunakan bintik kecil ukiran, pelekat gambar dan lukisan yang digunakan sebagai objek utama penghias ruang bilik putih.

Kusama mendedahkan dia mula menunjukkan bakat seninya semasa berumur 10 tahun.

Hasil seni menarik wanita warga emas itu kini dipamerkan di Galeri Seni Moden Queensland sehingga 12 Mac depan.


SUMBER

Pelekat warna-warni hasilkan seni menarik


KUALA LUMPUR - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bebas daripada tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan di sebuah kondominium, empat tahun lalu.
Mahkamah memutuskan demikian selepas mendapati wujudnya elemen tiada integriti dalam sampel DNA.

Keputusan itu disambut dengan sorakan oleh lebih 6,000 penyokongnya yang membanjiri parkir Kompleks Mahkamah Jalan  Duta di sini.

Keputusan diumumkan sekitar 9.21 pagi.

Terdahulu dengan memakai baju biru dan seluar hitam, Anwar memasuki bilik perbicaraan mahkamah yang penuh sesak diiringi isteri Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan anak-anak kira-kira jam 8.50 pagi.

Anwar, 64, dituduh meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan, 26, di sebuah unit di Kondominium Desa Damansara, Bukit Damansara di sini antara 3.10 hingga 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Dia didakwa di bawah Seksyen 377B Kanun Kesesakaan yang membawa hukuman penjara 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Ruang mahkamah dipenuhi anggota keluarga Anwar dan beberapa anggota Parlimen, dan para wartawan tempatan serta asing.
Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah ketika menyampaikan keputusannya menegaskan mahkamah tidak dapat memastikan 100 peratus integriti sampel DNA tidak terusik.

"Tidak ada bukti yang menyokong keterangan Saiful.

“Oleh kerana ini adalah jenayah seksual, mahkamah keberatan untuk menyabitkan hanya berdasarkan keterangan Saiful. Tertuduh oleh itu, dibebas dan dilepaskan,” katanya ketika membacakan penghakiman.

Saiful tidak ada di mahkamah hari ini.
Anwar tersenyum semasa keputusan itu dibacakan dalam mahkamah yang penuh sesak manakala anggota keluarganya kelihatan berpelukan sambil ada yang menitiskan air mata.

Dalam pada itu, peguam utama Anwar, Karpal Singh berkata, keputusan hari ini adalah berdasarkan merit dan pendakwa tidak harus mengemukakan rayuan.

"Ia satu kemenangan yang baik bagi Anwar," kata beliau yang juga Pengerusi DAP.

Ini adalah kes liwat kedua melibatkan Ketua Umum Pakatan Rakyat ini selepas didapati bersalah dan dihukum penjara sembilan tahun pada Ogos 2000 kerana meliwat pemandu isterinya, Azizan Abu Bakar.

Bagaimanapun, empat tahun selepas itu, beliau dibebaskan oleh Mahkamah Persekutuan.

Sementara itu, pihak pendakwaan yang diketuai Peguam Cara Negara II, Datuk Mohamed Yusuf Zainal Abiden berkata, mereka belum memutuskan sama ada akan membuat rayuan terhadap keputusan tersebut.

“Kami belum buat keputusan. Kami akan berbincang,” katanya lagi.

Beliau berkata, mereka mempunyai 14 hari untuk mengemukakan rayuan.


SUMBER

Kes liwat: Anwar bebas, tidak bersalah


Maher Zain - Insyallah (Malay Version)


tok imam main angry bird


DOWNLOAD OUR WEBSITE APP

DOWNLOAD APLIKASI KAMI DI SINI

LIKE US ON FACEBOOK!

Followers