.
Mengikut apa yang dikongsikan oleh SKMM, kedua-dua pihak, iaitu mereka yang mengodam sambungan WiFi, dan mereka yang menyediakan peralatan untuknya adalah bersalah dibawah Seksyen 236 dan 239 (Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998).
Baca : Seksyen 239. Penggunaan, pemilikan atau pembekalan tidak dibenarkan, kelengkapan atau peranti tidak
Perkara ini ditekankan semula oleh pihak SKMM dengan pelbagai peralatan yang dijual oleh ramai pihak akhir-akhir ini yang membolehkan seseorang mengodam dan menggunakan rangkaian WiFi pihak lain tanpa kebenaran.
Pada masa yang sama, pihak CyberSecurity Malaysia turut mengatakan yang mana pengodaman sambungan WiFi kini adalah mudah, apatah lagi dengan pelbagai perisian yang disediakan di internet.
Apa pun, sebagai langkah mengelakkan rangkaian WiFi anda dicuri, ia dinasihatkan untuk menggunakan kata laluan yang sukar (gabungan pelbagai abjad, angka dan simbol), serta memasang firewall untuk rangkaian anda.