background img

PERKONGSIAN MAKLUMAT

Samsung Display Akan Berhenti Menjual Panel LCD Kepada Apple



Dua gergasi peranti mudah-alih nampaknya disebut lagi pada hari ini, apabila Korea Times melaporkan yang mana Samsung akan menghentikan penjualan komponen panel LCD kepada Apple bermula tahun hadapan, apatah lagi dengan Apple sendiri yang mula mengurangkan kebergantungan mereka terhadap Samsung akhir-akhir ini.
Ia dilaporkan, pada pertengahan tahun pertama 2012, Samsung mengeluarkan lebih 15 juta panel LCD untuk Apple, namun angka tersebut berkurang menjadi 3 juta pada suku tahun ketiga, dan hanya 1.5 juta pada suku tahun ke empat ini.
Untuk iPad Mini yang dikatakan bakal diumumkan oleh Apple esok, ia dikatakan Samsung langsung tidak terlibat dalam pengeluaran panel LCD untuknya, dan Apple dikatakan bergantung kepada LG Display dan yang lain untuk pengeluaran komponen.
Samsung mengatakan dengan bilangan panel yang berkurangan, mereka sukar memberikan harga diskaun untuk Apple.
Walaupun Samsung Display akan menghentikan penjualan panel kepada Apple, mereka dikatakan tidak akan menghadapi sebarang masalah, memandangkan mereka masih mempunyai rakan kerjasama yang lain, termasuk Amazon, dan tentunya Samsung Electronics itu sendiri.

Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment

DOWNLOAD OUR WEBSITE APP

DOWNLOAD APLIKASI KAMI DI SINI

LIKE US ON FACEBOOK!

Followers