Misteri Lagenda Raksasa Loch Ness Atau Nessie Muncul Semula | Misteri raksasa Loch Ness mula diperkatakan lagi apabila raksasa itu dikatakan muncul semula di Wisconsin, Sungai Chippewa. Sebenarnya raksasa Loch Ness itu sebenarnya arka atau objek yang diukir menyerupai raksasa lagenda Loch Ness. Mengikut mitos, raksasa Loch Ness atau dikenali sebagai ‘Nessie’ tinggal di tasik dalam di Scotland. Tetapi kewujudannya sehingga sekarang masih menjadi misteri dan belum ada yang dapat membuktikan kewujudan raksasa tersebut.
Sumber daripada Jabatan Sumber Asli Wisconsin berkata arca Loch Ness tersebut diletakkan secara haram dan menghalang kawasan di sungai Chippewa. Oleh sebab itu, perintah dari kerajaan mahukan arca raksasa Loch Ness tersebut dikeluarkan dari sungai Chippewa.
Tetapi asal usul bagaimana arca Loch Ness yang diletakkan di sungai tersebut dan juga identiti pencipta arca raksasa lagenda tersebut kekal misteri seperti kewujudannya.
Seorang pembaca tanpa nama atau anonymous yang dipercayai pemilik arca Loch Ness tersebut telah menghubungi Ketua Eau Claire-Telegram, dan mengatakan arca itu akan dikeluarkan dalam tempoh 10 hari. Menurutnya, walaupun dia ingin meninggalkan arca raksasa Loch Ness supaya kekal di sungai Chippewa, tetapi dia tidak mahu Jabatan Sumber Asli Wisconsin tahu mengenainya dan mungkin mengenakan denda terhadapnya.
Mengikut kajian, gambar pertama raksasa loch Ness atau Nessie pertama kali diambil pada tahun 1933 oleh seorang pekerja syarikat British Aluminium, Hugh Gray. Walaubagaimanapun gambar yang diambil oleh Hugh Gray adalah sukar untuk dikenalpasti sama ada gambar itu adalah lagenda raksasa Loch Ness atau pun boleh jadi apa sahaja.
Ini pula gambar raksasa Loch Ness atau Nessie yang paling popular sehingga sekarang.Kewujudan sebenar makluk raksasa Loch Ness atau Nessie yang dikatakan tinggal di Tasik Ness (Loch Ness) Scotland masih lagi menjadi teka-teki sehingga sekarang. Walaupun banyak penemuan dan berita terbaru mengenai dakwaan raksasa tersebut kelihatan di beberapa tempat, tetapi tiada bukti yang kukuh dikemukakan.