background img

PERKONGSIAN MAKLUMAT


KUALA LUMPUR: Seorang pembantu peribadi di sebuah syarikat teknologi maklumat ditemui mati berlumuran darah dengan kesan jerutan dan tikaman pada leher di dalam keretanya di parkir sebuah Pusat Perniagaan di Seri Kembangan, di sini malam Jumaat.
Ketua Polis Daerah Serdang, Superintendan Abd Razak Elias berkata mangsa, 39, ditemui oleh suaminya setelah mangsa tidak pulang ke rumah selepas waktu bekerja.
“Kelewatan mangsa pulang ke rumahnya di Bandar Kinrara, Puchongmenyebabkan suaminya risau dan terus menghubungi majikan serta mencarinya sebelum mangsa ditemui kira-kira pukul 10.30 malam kira-kira 200 meter dari tempat kerjanya,” katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini, Sabtu.
Abd Razak berkata ketika ditemui kereta mangsa jenis Honda City itu tidak berkunci serta bertutup rapat dan mayat mangsa berada di tempat duduk hadapan bahagian penumpang.
Beliau berkata pemeriksaan di tempat kejadian, polis menjumpai sebilah pisau sepanjang enam inci dan seutas wayar sepanjang 30 sentimeter yang dipercayai digunakan suspek dalam kejadian itu.
Katanya polis kini sedang menyiasat motif pembunuhan dan mengikut siasatan awal pihaknya tidak menolak ia dilakukan lebih daripada seorang suspek namun tiada sebarang tanda berlakunya pergelutan.
“Kita tidak menolak suspek melakukan jenayah ketika keadaan hujan lebat menyebabkan tindakannya gagal dikesan orang awam,” katanya.
Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan mayat mangsa dihantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat. - BERNAMA

WANITA DITEMUI MATI DI JERUT DAN DITIKAM


KAHERAH - Muzium terbesar Mesir yang bakal menempatkan lebih daripada 100,000 artifak dan monumen-monumen dari era firaun, bakal dibuka pada 2015, menurut Menteri Artifak Purba, Mohamed Ibrahim, semalam.

“Muzium itu akan turut menjadi pusat pemuliharaan terbesar dunia,” menurut kenyataannya menerusi Agensi Berita Qatar.

Pembinaan seni bina agung Mesir tersebut akan dibangunkan di kawasan dataran seluas 47 hektar di pinggir Kaherah berhampiran kompleks piramid Giza.

Muzium utama Mesir sebelum ini juga menjadi binaan ikonik di dataran Tahrir sejak 1902.

Pembinaan muzium yang bernilai AS$828 juta (RM2.6 bilion) tersebut kini sedang dalam proses pembinaan dah telah berada pada tahap akhir untuk siap menjelang 2015.

Muzium terbesar Mesir dibuka 2015


MUNICH - Ahli astronomi Eropah telah menemui planet berbatu yang didakwa sesuai untuk dihuni hidupan di Bumi dengan menggunakan Teleskop di Balai Pencerap Eropah Selatan.

Ketua penyelidik, Guillem Anglada-Escude berkata, ia mungkin mengandungi sumber air kerana suhu pada permukaannya hampir sama se-perti di Bumi.

Ia terletak sejauh 22 tahun cahaya dan turut mengelilingi bintang digelar GJ 667C.

“Kami turut menemui sebuah lagi planet asing yang mungkin juga boleh didiami hidupan di Bumi Bagaimanapun pemerhatian susulan masih perlu dilakukan untuk menilai kesesuaiannya,” menurutnya.

Saintis temui planet asing sesuai didiami



BESUT - Pelik tetapi benar tetapi itulah realiti kebolehan luar biasa seorang pelajar tingkatan lima yang secara tiba-tiba boleh bertutur pelbagai bahasa selepas dia terlibat dalam kemala-ngan jalan raya pada jam 2 petang, 13 Januari lalu.
Noraini Ismail, 17, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Nasiruddin Shah, Alor Lintang boleh bertutur bahasa Korea dan Mandarin dengan lancar walaupun sepanjang hayatnya tidak pernah ikuti kelas bahasa itu.
 
Menurutnya, kebolehan luar biasa itu berlaku selepas empat hari dia terbabit dalam kemalangan apabila motosikal yang dibonceng dirempuh oleh sebuah lori kecil berhampiran persimpangan lampu isyarat Alor Lintang ketika perjalanan pulang dari sekolah.
 
“Ketika kejadian saya membonceng motosikal yang ditunggang abang saya, Jefri, 18, yang tiba-tiba dilanggar sebuah lori dari arah belakang menyebabkan saya terjatuh dan terhantuk kepala atas jalan. Mujur saya pakai topi keledar,” katanya.
 
Sementara itu menurut bapanya, Ismail Salleh, 46, kemalangan itu menyebabkan Noraini koma selama 11 jam dan sebaik sedar dia berada di Unit Kecemasan, Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian, Kelantan.
 
Kata Ismail, selepas doktor menjalankan imbasan kali pertama mendapati terdapat darah beku di bahagian belakang kepalanya.
 
Bagaimanapun katanya, ketika dilakukan imabasan kali kedua untuk melakukan pembedahan, doktor terperanjat kerana mendapati darah beku tidak ada lagi.
 
“Bagi mengesahkan perkara itu, doktor HUSM mengulangi ujianebanyak tiga kali namun ternyata darah beku dikesan peringkat awal memang tidak ada,” katanya.

 
Bercakap bahasa Korea selepas terjaga dari tidur
 
Ismail berkata, pada jam 5 petang pada hari keempat selepas dibenarkan pulang ke rumah, sebaik Noraini terjaga daripada tidur tiba-tiba dia bercakap bahasa Korea.
 
Katanya, anaknya itu meminta air daripada ibunya dalam bahasa Korea namun ketika itu ibunya tidak mengetahui bahasa apakah yang dituturkan Noraini.
 
“Kami sekeluarga tidak faham maksudnya dan langsung tidak tahu bahasa Korea kerana ia mirip bahasa Cina tetapi selepas dia menunjukkan isyarat ingin minum air baru ibunya beri air,” katanya.
 
Kata Ismail, selain Korea dia juga kadang-kadang bertutur dalam bahasa Mandarin dan paling aneh lagi ketika dia berbahasa tersebut dia langsung tidak akan boleh bertutur dalam bahasa Melayu.
 
Pada mulanya, Ismail dan keluarga meragui maksud bahasa yang dituturkan itu betul atau tidak tetapi apabila Noraini menonton cerita Korea di televisyen, dia dapat menterjemahkan cerita tersebut dengan tepat seperti sarikata dipaparkan pada skrin televisyen yang ditutup dengan tangan oleh ahli keluarganya.
 
Menurut Noraini, seorang doktor pakar berbangsa Cina di HUSM yang menjalankan rawatan susulan ke atasnya baru-baru ini juga menganggap kejadian dia boleh bertutur bahasa Cina juga aneh malahan kejadian itu pertama kali ditemuinya semenjak 17 tahun bertugas sebagai doktor.
 
“Doktor itu minta saya membaca nombor dalam bahasa Cina dan apa yang saya sebut adalah benar,” katanya.

 
Tidak boleh bercakap loghat Kelantan
 
Satu lagi keanehan pada Noraini ialah dia kini bertutur bahasa baku sepenuhnya malahan dia langsung tidak boleh bercakap loghat Kelantan lagi seperti pertuturan hariannya sebelum ini.
 
Menurutnya ibunya, Masina Daud, 48, sejak kemalangan anak keenam daripada tujuh beradik itu hanya boleh bercakap bahasa Melayu standard (baku) seperti loghat Kuala Lumpur sahaja manakala bahasa Kelantan sekarang dia boleh menyebut beberapa perkataan, seperti ‘mok’ dan ‘ayah’.
 
“Sebelum ini dia nak sebut perkataan mok (emak) memang langsung tidak boleh tetapi kalau perkataan Mama lancar. Saya pun hairan bagaimanana pertuturan boleh berubah,” katanya.
 
Dalam pada itu Noraini berkata, sejak belakangan ini dia hanya bertutur dalam bahasa Cina atau Korea sekiranya dia tidur semula selepas menunaikan solat Subuh.
 
“Kalau saya tidur semula selepas solat Subuh pasti apabila bangun saya tidak boleh langsung bercakap bahasa Melayu sebaliknya hanya boleh bertutur dalam bahasa Korea yang berlarutan sehingga jam 11 pagi pada hari sama sebelum boleh bertutur semula bahasa Melayu.
 
“Kalau saya tidak tidur selepas solat Subuh saya tidak akan bercakap korea,” katanya yang juga hairan dengan perubahan yang dialami.
 
Katanya, dia memahami bahasa Korea atau Cina di kaca televisyen hanya ketika dia boleh bertutur bahasa tersebut tetapi apabila ketika boleh bercakap bahasa Melayu, dia langsung tidak faham makna bahasa berkenaan.

 
Jalani rawatan alternatif
 
Bapanya pula agak tertekan dengan masalah yang dihidapi anaknya dan sudah beberapa kali dia membawa anaknya menjalani rawatan alternatif namun setakat ini tidak berhasil.
 
Kata Ismail, lebih memeritkan keadaan kerana boleh dikatakan setiap hari sama ada sebelum atau selepas Maghrib, Noraini akan tiba-tiba diserang sakit kepala menyebabkan dia terpaksa dihantar ke Hospital Besut untuk mendapat suntikan.
 
“Sekarang hampir setiap hari saya terpaksa membawa dia mendapat suntikan kerana Noraini tidak akan sedarkan diri jika lambat dibawa ke hospital,” katanya yang tinggal di Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) di sini.
 
Ismail merayu orang ramai atau ahli perubatan alternatif untuk tampil membantu menyelesaikan masalah yang dihidapi anaknya kerana dia tidak berkemampuan untuk lebih kerap membawa anaknya mendapatkan rawatan.

seorang pelajar boleh bercakap 5 bahasa selepas berlanggar dengan lori


SATU jenama kondom hampir sama digunakan dalam sambutan ulang tahun ANC


ANC tarik balik 1.35 juta alat elak penyakit kelamin kerana bocor ketika digunakan 

JOHANNESBURG: Afrika Selatan mungkin perlu memastikan mutu kondom yang dijual di negara itu selepas menarik balik 1.35 juta kondom yang diberikan secara percuma pada sambutan ulang tahun ke 100 Kongres Kebangsaan Afrika (ANC) kerana ada yang bocor ketika melakukan hubungan intim.
Ia bukan kali pertama perkara itu berlaku. Pada 2007, kerajaan menarik balik lebih 20 juta kondom yang rosak yang dikeluarkan dalam negara.
Media tempatan melaporkan, seorang pengurus ujian di biro penarafan dirasuah untuk mengesahkannya. 

Pada 2008, 5 juta lagi kondom rosak turut ditarik balik. 

Aktivis Aids, Sello Mokhalipi dari Kempen Tindakan Rawatan berkata, beliau mengadu selepas orang ramai tampil melaporkan bahawa kondom terbabit bocor ketika mereka berasmara. 

Ada yang panik kerana sudah dijangkiti Aids dan bimbangkan mengenai pasangan mereka, katanya. 
Jurucakap Jabu Mbalula dari Jabatan Kesihatan Free State yang mengedarkan kondom terbabit, sebelum sambutan ANC pada 6 hingga 8 Januari lalu berkata, mereka menarik balik semua kondom terbabit kira-kira 10 hari selepas itu. 

Beliau berkata, tidak perlu panik tetapi tidak dapat memaklumkan berapa jumlah kondom yang digunakan atau ditarik balik. 

Dakwaan terbaru membabitkan kondom diedarkan di hotel dan bar di tengah Bloemfontein ketika berpuluh ribu penduduk datang untuk perayaan ANC itu. 
Afrika Selatan mempunyai 5.6 juta penghidap Aids. 

Mokhalipi berkata, aduan berkenaan mula dibuat pada 11 Januari, memaksa pejabatnya mengendalikan ujian terhadap kondom yang didakwa rosak. 

“Kami memasukkan air ke dalam kondom dan ia memang bocor,” katanya sambil menambah bahawa beliau juga boleh nampak ‘lubang kecil’ hanya dengan melihat melalui mata kasar. 

Jabatan Kesihatan mengedarkan kondom baru minggu lalu, kata Mokhalipi yang tidak bocor selepas melalui ujian air. 

Mbalula berkata, dengan mencurahkan air ke dalam kondom dan memberikan tekanan bukanlah satu ujian yang terbaik dan jabatannya menarik balik bahan itu untuk menjalankan ujian saintifik tetapi tidak tahu bila keputusan akan diperoleh. 

Beliau menegaskan, semua kondom akan dicop untuk menentukan mereka dari kumpulan yang sudah menjalani ujian kualiti oleh biro penarafan yang bertanggungjawab memastikan ia memenuhi standard Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). 

Jurucakap biro terbabit, Berna Schutte mengesahkan bahawa mereka menjalankan siasatan. 

Mohkalipi berkata, penarikan itu terhad dengan pekerja jabatan ke hotel, rumah tumpangan dan bar di mana mereka menghantar kondom terbabit dan mengambil semula apa yang ada. 

Beliau mengadu bahawa jabatan kesihatan tidak mengeluarkan sebarang amaran bagi memaklumkan kepada penduduk supaya tidak menggunakan kondom yang diedarkan ketika sambutan itu. 

Awas guna kondom di Afrika Selatan


Sofia Vergara
Pelakon Sofia Vergara jadi pilihan pembaca majalah AskMen 2012 

Apa yang paling kerap diperkatakan ialah wanita muda paling dikejar oleh industri filem Hollywood tetapi ini tidak benar sekurang-kurangnya tahun ini berdasarkan kriteria pembaca majalah AskMen bagi senarai ‘99 Wanita Paling Diingini’ selepas aktres seksi Sofia Vergara menduduki tempat teratas, minggu ini.
Malah, ketika pelakon Modern Family itu yang berusia 39 tahun terpilih, pelakon terkenal seperti Jennifer Aniston dan Angelina Jolie yang lebih muda dan glamor tidak langsung masuk dalam senarai itu.
Vergara menduduki tempat ke-3 senarai berkenaan tahun lalu. Malah, pemenang tahun lalu, Blake Lively berada di tempat ke-31 kali ini. 

Ini bermakna Vergara mengalahkan orang lebih muda termasuk Miranda Kerr yang berada di tempat ke-4, Nicki Minaj (5), Emma Stone (6), Scarlett Johansson (7) serta Candice Swanepoel (10). 

Vergara nyata gembira dengan pencapaiannya apabila memberitahu laman web majalah berkenaan: “Saya rasa sungguh dihargai sebagai wanita paling diingini pembaca AskMen tahun ini. Terima kasih kepada mereka yang mahukan saya.” 

Ketiadaan Aniston dan Jolie mungkin menandakan lelaki sudah mengubah selera atau kriteria mereka. Sebab itu mereka memilih Vergara selain Kim Kardashian yang berada di tempat ke-8, Rihanna (9) dan Zooey Deschanel (12). 
Senarai yang dikeluarkan AskMen kali ini adalah yang ke-11 sejak dilancarkan dan lebih sejuta pembaca mengundi pilihan mereka bagi senarai 2012. 

Penyingkiran Aniston dan Jolie juga dianggap pembaca majalah itu kini mengutamakan muka baru dan ia ketara bagi pilihan lima teratas dengan model Kate Upton di tempat ke-2 selepas tiada dalam senarai tahun lalu. 

Selepas Upton ialah Rooney Mara di tempat ke-3 yang semakin dikenali menerusi filem The Girl with the Dragon Tattoo yang disusuli pencalonan Oscar. 

Antara paling melonjak ke kedudukan lebih tinggi termasuk aktres Glee, Lea Michele yang kini di tempat ke-19 berbanding 91, tahun lalu dan penyanyi Selena Gomez di tempat ke-14

Wanita umur 39 tahun paling diingini lelaki


JITRA: Sejenis ulat dikenali sebagai ulat ratus di kalangan pesawah telah menyerang lebih 200 hektar sawah di daerah Kubang Pasu sejak sebulan lalu menyebabkan kerugian lebih RM150,000. 

Serangan ulat terbabit atau nama saintifiknya 'spodoptera mauritia' membabitkan kawasan milik lebih 100 pesawah.
Ulat ratus itu kebiasaannya menyerang daun pokok padi dan kemudian melarat ke tangkai buah menyebabkan batang pokok padi patah dan tidak boleh dituai.
Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Mohd Johari Baharum, berkata ulat ratus juga dikenali sebagai ulat kerbau berasal dari sejenis kupu-kupu yang membiak dengan cepat mengancam sawah padi. - BERNAMA 

Ulat ratus serang sawah di Kubang Pasu



  • Cuci motor boleh dilakukan depan kawan-kawan tanpa merasa malu dan bersalah.

  • Masa sedang asyik menggosok 'dada' motor tak perlu tengok-tengok kiri kanan.

  • Motor tak merengek-rengek masa ia mula basah dan licin oleh sabun.

  • Boleh tangguh beberapa minit, pergi jawab telefon, makan nasi, pergi tandas, hisap rokok tanpa sesiapa yang tak puas hati.

  • Tak perlu pujuk-pujuk dan berjanji untuk bertanggungjawab sekiranya hendak mula mencuci motor.

  • Lepas cuci boleh naik dan henjut-henjut serta tunggang-tunggang dalam sebarang posisi tanpa emak atau JPJ tegur sekiranya belum dihidupkan enjin.

  • Tak perlu bersusah payah mencari tempat tersembunyi, depan rumah atau di stesyen minyak pun boleh.

  • Nak pancut air sepuas-puasnya dalam atau luar enjin tiada yang larang.

  • Nak buat setiap hari lagi digalakkan, malah dipuji oleh kawan-kawan. Majikan tidak akan memecat anda.

  • Jika kebetulan tok kadi dan ketua kampung melintas, anda boleh menegur dengan senang hati dan mempelawa mereka mencuci motor.
  • 10 Sebab Cuci Motosikal Lebih Baik Daripada Be'romance'


    TOKYO - Jepun yang dilanda malapetaka berganda awal Mac lalu dijangka akan berhadapan dengan gempa bumi besar, di ibu negaranya Tokyo, dalam empat tahun lagi.

    Laporan BBC memetik penyelidik-penyelidik dari Universiti Tokyo berkata, kajian pihaknya menunjukkan ada kebarangkalian 75 peratus gempa bumi pada skala tujuh akan melanda rantau itu.

    Kerajaan Jepun berkata kemungkinan kejadian itu adalah 70 peratus dalam 30 tahun akan datang.

    Amaran ini dikeluarkan tidak sampai setahun selepas wilayah timur laut Jepun dilanda gempa bumi dan tsunami, dan disusuli dengan krisis nuklear.

    Kali terakhir Tokyo dilanda gempa bumi besar adalah pada 1923, pada skala 7.9 menyebabkan lebih 100,000 orang terbunuh, kebanyakannya akibat kebakaran.

    Penyelidik-penyelidik di institut kajian gempa bumi di Universiti Tokyo itu membuat ramalan ini berdasarkan peningkatan kejadian gegaran di Tokyo susulan malapetaka berganda pada 11 Mac lalu.

    Menurut mereka, berbanding dengan tahun-tahun yang normal, peningkatan gegaran yang dikesan di kawasan metropolitan Tokyo adalah lebih kali ganda.

    Gempa bumi kuat diramal gegar Tokyo waktu terdekat


    WELLINGTON - Sekumpulan 90 ekor paus spesies pilot didakwa terdampar di sebuah lokasi tumpuan pelancong di Golden Bay, Nelson di New Zealand, di kawasan sama di mana tujuh ekor haiwan mamalia itu ditemui mati di tepi pantai pada awal bulan ini.

    Pengurus jabatan pemuliharaan serantau, John Mason berkata, kaki tangan jabatan tersebut dan sukarelawan berusaha untuk memastikan kesemua ikan paus itu dapat hidup sehingga air laut pasang bagi membolehkan ia terapung dengan sendiri.

    Awal bulan ini, 25 ikan paus terdampar di tepi pantai itu dan 47 lagi dilaporkan mati di kawasan sama kira-kira dua bulan lalu.

    Difahamkan, ikan paus pilot tersebut sering ditemui di perairan New Zealand dan insiden itu telah mencetuskan persoalan yang diang­gap misteri bagi penduduk setempat.

    Misteri 90 ikan paus terdampar di New Zealand


    DUBLIN - Seorang penganggur warga Ireland mendapat idea baru dan lebih kreatif untuk membina rumahnya dari carikan wang kertas bernilai 1.4 bilion euro (RM5.6 bilion) yang dipinjam dari kilang pencetak wang kebangsaan di negara itu.

    Frank Buckley mendakwa dia mengambil masa selama empat tahun untuk menyiapkan apartmen kecil di lobi sebuah bangunan pejabat di Dublin dengan hanya menggunakan carikan wang kertas dalam bentuk batu-bata.

    “Siapa sangka dinding dan lantai rumah kecil ini bernilai berbilion euro. Saya mahu mencipta sesuatu yang berbeza dan unik,” menurutnya.

    Buckley kini sedang menyiapkan projek menambah bahagian dapur untuk melengkapkan apartmen ‘mewahnya’..

    Dalam satu kenyataan, dia turut berharap masalah krisis hutang Eropah dapat diselesaikan, tetapi jika gagal Buckley berhasrat menggunakan carikan wang kertas tersebut untuk projek baru pada masa akan datang

    Rumah dihasilkan dari wang kertas euro



    WASHINGTON - Sebuah lagi asteroid sebesar bas bandar dikenal pasti berada antara orbit Bumi dan bulan, kelmarin beberapa hari selepas ia dikesan, namun didakwa tidak mendatangkan ancaman kepada planet kita, menurut Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (Nasa), semalam.
    Saintis Nasa menyatakan asteroid 2012 BX34 bersaiz 11 meter itu melepasi orbit Bumi pada jarak 59,044 kilometer (km).
     
    “Walaupun saiznya kecil, ia tidak dapat menembusi atmosfera Bumi. Ruang untuk asteroid tersebut melepasi planet kita hanya kira-kira 0.17 kali jarak antara bulan dan Bumi,” menurut kenyataan ahli astronomi di Jet Propulsion Laboratory di Pasedena, California.
     
    Sejak awal minggu lalu, para saintis di seluruh dunia turut mengadakan pertemuan membincangkan bagaimana untuk bertindak-balas dengan ancaman dari asteroid.
     
    Mereka sepakat untuk menubuhkan projek NEOShield (perisai ancaman asteroid) yang dijangka siap dalam tempoh tiga tahun dan diketuai oleh Pusat Aeroangkasa Jerman bersama saintis dari Eropah dan Amerika Syarikat.
     
    September lalu, Nasa turut mengesan sebuah asteroid terbesar sejauh 195 juta km dari matahari melalui sekitar orbit Bumi.

    asteroid hampiri bumi dikenal pasti



    WASHINGTON - Pen­tadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (Nasa) mengesahkan penemuan baru 60 planet dan 11 lagi sistem solar melalui pemantauan teleskop Kepler selama dua tahun.
    “Kepler telah menemui lebih dari 60 planet baru, sekali gus, menunjukkan galaksi yang kita diami ini sebenarnya dipenuhi dengan planet dan orbit dalam pelbagai saiz,” menurut saintis Nasa, Doug Hudgins. 
     
    Hudgins turut mendedahkan teleskop Kepler itu turut mengesan sebuah sistem solar paling tua dan mempunyai lima planet.
     
    Penemuan tersebut telah diterbitkan dalam empat laporan berbeza menerusi Astro­physical Journal dan The Monthly Notices of the Royal Astronomical Society.

    60 planet, 11 sistem solar ditemui


    TOKYO - Populasi di Jepun dijangka akan mengecil kepada dua pertiga dari jumlah pada masa ini dalam tempoh seabad lagi, menurut laporan kerajaan, kelmarin.

    Laporan Kementerian Kesihatan dan Kebajikan menunjukkan jumlah penduduk dijangka akan menurun dari 127.7 juta kepada 86.7 juta menjelang 2060 dan terus berkurangan 42.9 juta pada 2110 jika keadaan masih tidak berubah.

    Unjuran oleh Institut Penyelidikan Keselamatan Sosial dan Populasi Penduduk meramalkan secara purata hanya 1.35 bayi akan dilahirkan dalam tempoh 50 tahun lagi.

    Laporan itu juga menyebut bencana berganda di utara-timur Jepun, Mac lalu yang telah menyebabkan lebih 19,000 orang maut atau hilang tidak menjejaskan jangka hayat purata sebaliknya dijangka akan terus meningkat.

    Populasi di Jepun makin mengecil pada 2110


    ombak rindu full movie




    Kaum kufar tidak henti-henti berusaha untuk melemahkan generasi muslim, salah satunya dengan menyebarkan ajaran Atheis iaitu satu pegangan yang tidak percayakan Tuhan. Ideologi ini sudah menular sejak kita masih bermain di taman permainan kanak-kanak lagi.

    Pada tahun 1877, pembangunan Menara Eiffel di perancis dimulakan dan memakan masa 26 tahun untuk mendirikannya. Sudah semestinya, sebelum membangunkan menara tersebut, diperlukan rancangan, plan, dan reka bentuk supaya bangunan dapat berdiri dengan baik, kuat, dan kukuh. Berat seluruh bangunan ini mencapai 9000 tan, sedangkan tinggi Menara Eiffel 321 meter dan merupakan bangunan tertinggi buatan manusia selama 40 tahun.

    Rancangan, plan, dan reka bentuk menara eifel ini ditiru dan diilhamkan dari struktur reka bentuk tulang paha manusia yang kecil tapi mampu menampung berat tubuh manusia yang jauh lebih berat dari berat tulang paha.

    Tidak mungkin Menara Eiffel ini berdiri sendiri atau tanpa perancangan yang rapi. Menara Eiffel sememangnya dirancang oleh seseorang sehingga hasilnya seimbang dan kukuh seperti yang kita lihat hari ini.


    Kepelbagaian hidupan dari haiwan berorganisma monosel sehingga yang mempunyai trilion-trilion sel, pelbagai jenis tumbuhan, dan juga manusia. Jumlah haiwan jauh lebih banyak dari jumlah manusia, kesemua jenis haiwan dan tumbuhan ini memiliki struktur dan fungsi yang sangat rumit dan sama sekali berbeza antara satu dengan yang lainnya, sehingga manusia yang memiliki akal pun tidak dapat menirunya. Kembali pada menara, bangunan, kendaraan yang megah, semua ini pasti dirancang oleh manusia.

    Manusia hanya dapat meniru hakikat alam yang telah sediaada. Ciptaan hasil manusia tidak dapat menandingi seperti hasil ciptaan Allah.

    Manusia membuat helikopter dengan meniru struktur dan fungsi badan pepatung, akan tetapi kemampuan terbang helikopter jauh di bawah kemampuan pepatung.

    Manusia mengambil contoh tangan manusia untuk membuat Robot Tangan, tapi kemampuan robot tangan masih jauh dibawah kemampuan tangan manusia itu sendiri.

    Burung helang memiliki mata yang tajam tajam dengan sudut pandangannya 300° dan dapat memperbesarkan pandangannya sebanyak 6-8x lebih besar dari penglihatan normalnya. Ketika terbang pada ketinggian 4300 meter, helang dapat memantau 30,000 hektar kawasan disekelilingnya. Dari ketinggian 1500 meter, helang dapat melihat gerakan atau perbezaan warna dengan terperinci untuk menentukan lokasi mangsanya.

    Daya penglihatan yang tajam ini disebabkankan banyaknya sel kerucut peka cahaya di retina matanya. Sel-sel tersebut menerima cahaya dan menghantarkan imej tersebut ke otak. Sementara sel kerucut pada manusia jauh lebih sedikit jika dibandingkan dengan helang. Tentunya semua ini telah dirancang oleh Allah Sang Pencipta.

    Sesungguhnya aku bertawakkal kepada Allah Tuhanku dan Tuhanmu. Tidak ada satu binatang melatapun melainkan Allah lah yang memegang ubun-ubunnya. Sesungguhnya Tuhanku di atas jalan yang lurus.
    (QS. 11 Huud:56)

    Manusia dapat meniru ciptaan pada lumba-lumba dan kerang untuk dijadikankan asas idea pada kapal selam, dan meniru kerang laut untuk membuat porselin, atau meniru ciptaan Allah yang lainnya, tetapi rancangan Allah tetap jauh lebih baik dibandingkan dengan rancangan manusia.

    Seramik Porselin buatan manusia hanya dapat dibuat pada suhu antara 1000°-1500° Celcius, sedangkan kerang laut hanya memerlukan suhu 4° Celcius untuk membuat Porselain yang daya kekuatannya lebih kuat dan lebih tahan dibandingkan dengan seramik Porselin buatan manusia.

    Jika seramik porselin buatan manusia itu jatuh dan pecah, seramik porselin tersebut tidak akan dapat memperbaiki dirinya sendiri yang pecah, sedangkan kerang laut mempunyai sistem badan yang luar biasa sehingga mampu untuk memperbaiki bahagian kerang yang rosak.



    Apakah seramik porselin wujud sendirinya tanpa direka dan dicipta oleh manusia? Bagaimana dengan ciptaan cemhkerang kerang laut yang dapat membaiki dirinya sendiri jika pecah serta jauh lebih kuat, lebih cantik warnanya, lebih indah bentuknya dibandingkan dengan buatan manusia? Siapa yang mencipta nya?

    Manusia memang dapat mencipta komposit tiruan untuk bahanpolimer yang dapat memperbarui diri jika rosak, tetapi komposit tiruan buatan manusia jauh lebih lemah dibandingkan dengan apa yang ada di alam ini. Kita ambil 1 contoh dari banyak contoh saja iaitu kulit buaya.

    Ciptaan yang sempurna pada haiwan, manusia dan alam ini menunjukan tanda-tanda kekuasaan Allah sebagaimana diungkapkan di dalam Al-Qur’an:

    Dan pada penciptakan kamu dan pada binatang-binatang yang melata yang bertebaran terdapat tanda-tanda untuk kaum yang meyakini.
    (QS. 45 Al-Jaatsiyah:4)

    Bagaimana dengan ciptaan yang ada pada berjuta-juta haiwan yang lain diseluruh muka bumi ini yang memiliki fungsi dan rekabentuk yang berbeza antara haiwan yang sejenis dan dengan jenis haiwan lainnya?

    Adakah ini semua tercipta dan terjadi dengan sendirinya tanpa disengajakan?


    Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, silih bergantinya malam dan siang, bahtera yang berlayar di laut membawa apa yang berguna bagi manusia, dan apa yang Allah turunkan dari langit berupa air, lalu dengan air itu Diahidupkan bumi sesudah mati-nya dan Dia sebarkan di bumi itu segala jenis haiwan, dan pengisaran angin dan awan yang dikendalikan antara langit dan bumi; sungguh tanda-tanda bagi kaum yang memikirkannya. 
    (QS.2: 164)

    Otak manusia terdiri dan tersusun dari sekitar 10,000,000,000,000 saraf, saraf-saraf ini berhubung antara 1 sama lain melalui 100,000,000,000 sambungan. Jumlah 100,000,000,000 ini adalah jumlah yang jauh diluar pemahaman kita. Semua maklumat dan data ke otak dan dari otak bergerak dengan kelajuan yang sangat mengagumkan iaitu pada kelajuan 320 km/jam.

    Sel-sel saraf penghubung otak dan bahagian tubuh lainnya menyerupai jalan lebuh raya yang membawa maklumat antara tubuh dan otak. Setiap saat, tubuh kita membawa lalu lintas yang sangat sibuk dan padat didalamnya. Ribuan aktiviti yang berbeza saling datang dan pergi dari otak hanya dalam tempoh masa satu saat sahaja. Antara 100,000 hingga 1,000,000 reaksi kimia terjadi didalam otak kita hanya dalam tempoh 1 minit sahaja.

    Ketika saudara membaca tulisan ini, ratusan maklumat sedang keluar masuk antara otak dan otot saudara setiap 0.001 detik. Ratusan pesan ini meliputi informasi tentang apa yang saudara lihat, baca, memahami apa yang saudara baca, degupan jantung, bernafas, kedipan mata, pertumbuhan rambut kepala, menghidu persekitaran dan pendengaran telinga.

    Untuk menjelaskan perincian 1 kegiatan yang dilakukan oleh otak, saudara memerlukan berjuta-juta halaman kertas untuk menerangkan tindak balas kimia ini. Bagaimana jika 100,000 kegiatan berlaku dalam 1 saat? Berapa juta helaian kertas yang saudara perlukan untuk menulis semuanya dalam 1 saat saja?

    Buku ini cukup tebal untuk mencatat aktiviti otak? jawapannya tidak


    1 kesalahan di dalam tindak balas kimia ini mengakibatkan ketidak imbangan kegiatan tubuh saudara. Namun Allah telah menciptakan manusia dengan sempurna, dan sebagai balasan hendaklah kita bersyukur pada Allah yang telah menciptakan dan memberi kita nikmat yang tak dapat dihitung oleh manusia.

    10 trilion saraf otak

    Dapatkah kita membuat susunan kabel elektrik yang berjumlah 10,000,000,000,000 kabel tanpa terdapat sedikitpun kesalahan selama bekerja 24 jam sehari tanpa henti sepanjang masa? Adakah ini semua tidak memerlukan perancangan?

    Bagaimana pula dengan penciptaan anggota badan yang lainnya seperti mata, jantung, kulit, paru-paru, hati, telinga, lidah, saluran pencernaan, tulang, otot, sendi, saraf dan lain-lain anggota? Adakah ini juga tidak memerlukan perancangan? Siapa yang merangcang semua ini?

    Hai manusia, apakah yang telah memperdayakan kamu terhadap Tuhanmu Yang Maha Pemurah. Yang menciptakan kamu lalu menyempurnakan kejadianmu dan menjadikanmu seimbang dalam bentuk apa saja yang Dia kehendaki, dia menyusun tubuhmu.
    (QS.82: 6-8)

    Maka nikmat dari Tuhan manakah yang kamu dusta-kan?

    Demikian itu ialah Allah Tuhan kamu; tidak ada tuhan selain Allah; Pencipta segala sesuatu, maka sembahlah Dia; dan Allah adalah pemelihara segala sesuatu.
    (QS.6 Al-An’am:102)

    Dalam Al-Qur’an, manusia diciptakan dengan sempurna termasuklah keseimbangan tubuhnya. Dengan akal kita, janganlah kita hendak disamakan dengan haiwan yang tidak memiliki akal. Manusia dahulunya tidak pandai membuat pesawat, tetapi sekarang mampu untuk mencipta pesawat yang merentasi antara benua dan bahkan mampu membuat pesawat yang bergerak ke luar angkasa dengan menggunakan kawalan jauh.


    Sedangkan monyet, yang dikenali sebagai monyet sejak dari dulu lagi tetap tidak malu bertelanjang bulat tanpa baju, hanya bertepuk tangan dan diberi makan pisang atau kacang oleh manusia. Tidak pernah wujud monyet yang dapat mencipta mahupun meniru kapal terbang atau roket angkasa.

    Oleh sebab itu, janganlah kita sebagai manusia disamakan dengan binatang.

    Pengkhotbah 3:19 Kerana nasib manusia adalah sama dengan nasib binatang, nasib yang sama menimpa mereka; sebagaimana yang satu mati, demikian juga yang lain. Kedua-duanya mempunyai nafas yang sama, dan manusia tidak mempunyai kelebihan atas binatang, kerana segala sesuatu adalah sia-sia.
    (Christian Bible, King James Version, Ecclesiastes 3:19)

    Begitu pula dengan alam semesta termasuk dengan segala isinya, bumi, matahari, bulan, air, udara, tanah, atmosfera, manusia, haiwan, tumbuhan, dan seluruh alam semesta raya ini terdapat keseimbangan, kesempurnaan, saling melengkapi dan ketelitian di setiap sudut.

    Tidak mungkin alam semesta dan segala isinya ini wujud secara tiba-tiba tanpa pencipta, padahal alam semesta, haiwan, tumbuhan dan manusia sendiri memiliki struktur dan fungsi yang jauh lebih rumit dan jauh lebih sulit daripada struktur Menara Eiffel atau ciptaan lain buatan manusia.

    Video di bawah menunjukkan betapa luasnya alam semesta ini. Manusia bagaikan debu malah lebih kecil dari itu jika dibandingkan dengan alam ciptaan tuhan.



    Penciptaan alam ini memerlukan kekuatan yang Maha Kuasa untuk menciptakannya dan Yang Maha Kuasa itu haruslah terdiri daripada 1 tuhan sahaja kerana tidak mungkin wujudnya 2 Tuhan, apatah lagi 3 Tuhan bekerja sama dengan makhluk ciptaan-Nya dalam membangunkan alam semesta ini.

    Semua ukuran di alam semesta ini telah dibuat dengan ukuran yang amat teliti dan tepat. Jika terdapat kekurangan atau kelebihan sedikit pun, ini akan mengakibatkan bencana yang luar biasa. Dapat dibayangkan jika terdapat 2 tuhan yang memiliki 2 perancangan yang berbeza? Tentu planet-planet, bintang-bintang dan segala isinya akan berlaga. Dengan akal yang kita miliki, kita dapat memastikan bahawa tuhan itu hanyalah satu.

    Indah dan tersusun ciptaan Allah

    Dan Allah telah menghamparkan bumi dan menjadikan padanya gunung-gunung dan Kami tumbuhkan padanya segala sesuatu menurut ukuran. Dan Allah telah menjadikan untukmu di bumi keperluan-keperluan hidup, dan makhluk-makhluk yang kamu sekali-kali bukan pemberi rezeki kepadanya. Dan tidak ada sesuatupun melainkan pada sisi Kami-lah khazanahnya; dan Allah tidak menurunkannya melainkan dengan ukuran tertentu.
    (QS.15:19-21)

    Yang kepunyaan Allah-lah kerajaan langit dan bumi, dan Dia tidak mempunyai anak, dan tidak ada sekutu bagi Allah dalam kekuasaan, dan Dia telah menciptakan segala sesuatu, dan dai menetapkan ukuran-ukurannya dengan serapi-serapinya.
    (QS.25:2)

    Allah berfirman: “janganlah kamu menyembah tuhan; sesungguhnya Dialah Tuhan Yang Maha Esa, maka hendaklah kepada-Ku saja kamu takut”.
    (QS.14 An-Nahl:51)

    Jelas sekali bahawa Allah itu Maha Teliti dalam menghitung kesemua ciptaannya, tidak mungkin Allah tersalah hitungan dalam matematik atau yang lebih rumit seperti gabungan antara fizik, kimia, biologi bahkan dalam segalanya.

    Berbalik kepada kata-kata “ukuran yang serapi-rapinya, ketelitian dan kesempurnaan”, bagaimana kesalahan bilangan dan matematik di dalam alkitab Kristian? Adakah beberapa kesalahan hitungan dari beribu-ribu kesalahan di dalam alkitab Kristian adalah dilakukan oleh Tuhan?

    Fikirkanlah segala sesuatu yang telah diberikan oleh Allah kepada saudara. Saudara tinggal di bumi yang telah dirancang dan diciptakan khusus untuk kita. Kita tidak melakukan apapun untuk lahir ke dunia ini, dan kita tidak melakukan apapun diantara perjalanan alam semesta ini. Kita sekadar lahir, membuka mata dan mendapati kita berada ditengah-tengah segenap kenikmatan alam.

    Kita dapat melihat, mendengar, merasa, mencium, mengecap rasa atas kehendak Allah yang menciptakan kita. Dan Allah tidak meminta wang untuk menyewa tubuh ini, meminta bayaran atas oksigen yang kita hirup, meminta bayaran di atas air, makanan dan tanah yang kita gunakan. Allah hanya meminta kita bersyukur, dan sebetulnya rasa syukur ini untuk kebaikan diri dan jiwa kita sendiri.

    QS.16 An-Nahl:78. Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibumu dalam keadaan tidak mengetahui sesuatupun, dan Dia memberi kamu pendengaran, penglihatan dan hati, agar kamu bersyukur.

    Rasa syukur kita kepada Allah ini untuk kebaikan kita sendiri, dan Allah tidaklah pernah menarik rasa terima kasih dari manusia kerana meskipun seluruh manusia ingkar dan derhaka kepada Allah.

    Dengan akal, janganlah sampai kita keliru menyembah Tuhan. Jika kita keliru menyembah Tuhan tanpa berfikir menggunakan akal terlebih dahulu, ini bererti kita tidak tahu berterima kasih kerana kita telah diberikan akal namun tidak digunakan, kita telah diberi banyak sekali nikmat namun kita keliru dalam berterima kasih kepada yang bukan Tuhan.

    Bersyukurlah atas segala nikmat yang tidak terhingga

    Dan ketika Allah berfirman: “Hai Isa putera Maryam, adakah kamu mengatakan kepada manusia: “Jadikanlah aku dan ibuku sebagai dua orang tuhan selain Allah?”. Isa menjawab: “Maha Suci Engkau, tidaklah patut bagiku mengatakan apa yang bukan hak-ku (mengatakannya). Jika aku pernah mengatakan maka tentulah Engkau mengetahui apa yang ada pada diriku dan aku tidak mengetahui apa yang ada pada diri Engkau. Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui perkara yang ghaib-ghaib”.
    (QS.5 Al-Maa’idah:116)

    Bukti Allah Itu Ada


    DOWNLOAD OUR WEBSITE APP

    DOWNLOAD APLIKASI KAMI DI SINI

    LIKE US ON FACEBOOK!

    Followers