Pelbagai jenis solat yang kita nampak. Ada yang mengangkat takbir, dan ada yang tidak. Ada yang suka mengerakkan kan jari ketika tahiyyat awal, dan ada yang tidak. Ia bergantung kepada fahaman dan pegangan masing-masing. Jika ingin dihuraikan bagaimanakah cara solat Rasulullah, ia begitu panjang sekali untuk dihuraikan. Walaubagaimanapun terdapat sedikit persoalan yang dilontarkan kepada ustaz berkenaan solat cara Rasulullah SAW. Jom ikuti soal jawba di bawah ini.
Soalan :
Bolehkah seseorang itu menggerakkan jari telunjuknya menulis nama Allah ketika membaca kalimah syahadah ketika bersembahyang dengan tujuan supaya lebih khusyuk? Apa perlakuan yang makruh dan tidak seharusnya dilakukan apabila menunaikan sembahyang?
Jawapan :
Solat adalah ibadat yang mesti dilaksanakan sepertimana diajar Nabi. Tidak boleh ada penambahan perlakuan dalam solat apa bentuk sekalipun, sama ada ucapan atau pergerakan.
Ini berdasarkan hadis Rasulullah yang bermaksud “Solatlah kamu seperti mana kamu nampak aku solat,” ertinya solat mestilah sama seperti mana solat Nabi.
Menggerakkan jari telunjuk menulis nama Allah ketika membaca syahadah tidak pernah dilakukan Nabi, oleh itu tidak boleh melakukannya dalam solat atas apa tujuan pun.
Ada banyak cara yang diajar Nabi untuk mendapatkan khusyuk, antaranya: pemusatan pemikiran, menumpukan penglihatan serta tafahum iaitu pengertian mengenai solat.
Antara perlakuan makruh dalam solat ialah; meninggalkan perkara sunat dengan sengaja, menggerakkan anggota, memejamkan mata dan menoleh atau bergerak yang tidak perlu dalam solat.