Keluarga Dajjal; ayah, ibu, dan datuk, semuanya, adalah penyembah berhala. Dahulu mereka menyembah sebuah berhala mirip lembu betina. Sebenarnya berhala itu bukan sekadar patung lembu betina, melainkan syaitan durjana yang menyerupai dirinya dengan patung lembu betina itu.
[CATATAN:
Telah di ketahui bersama bahawa islam melarang pembuatan patung dan juga berhala. Menurut pandangan islam, rumah tidak boleh dihiasi dengan berhala atau patung. ' Sahih al-Bukhari' dan 'Sahih Muslim' menyebutkan sebuah hadis Nabi Muhammad s.a.w.:
"Sesungguhnya malaikat tidak (akan) masuk ke rumah yang di dalamnya ada berhala atau gambar-gambar.'
(diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim. dengan redaksi di atas dari muslim)
Jika malaikat, yang merupakan manifestasi rahmat dan keredhaan Allah s.w.t., lari dan tidak mahu memasuki rumah yang di dalamnya ada berhala atau lukisan, maka rumah itu pasti akan di isi oleh syaitan dan jin kafir yang terkutuk.]
Mereka biasa meyembelih haiwan untuk di korbankan kepada berhala yang sebenarnya di persenbahkan kepada syaitan beserta minuman arak yang mereka berikan kepadanya setiap hari. Di samping itu, mereka suka melakukan penghambaan atau persembahan dan ketaatan. setiap pagi, mereka hanya menemukan sisa-sisa dari apa yang mereka korbankan di tempat itu. Mereka menyangka hal itu sebagai tanda bahawa tuhan mereka meredhai apa yang mereka lakukan. Permintaan kedua orang tua Dajjal ialah agar mereka diberi anak laki-laki.
Akhirnya Allah s.w.t. menghendaki terjadi kehamilan pada seorang wanita yang dilahirkan dari perbuatan zina sesama mahram dengan seorang suami yang juga dilahirkan dari hasil penzinaan antara mahram. Sementara itu, pekerjaan syaitan adalah ikut masuk kedalam saluran kencing laki-laki penyembah berhala setiap kali ia akan mencampuri istrinya. Jadi, syaitanpun ikut mencampuri isteri penyembah berhala itu bersama-sama suaminya. maka bertemulah campuran sperma dan ovum dari unsur manusia dengan unsur syawat yang penuh kedengkiasn dari jin, sesuai dengan yang ditakdirkan ole Yang Mahakuasa.
Pada malam yang sangat menakutkan, diiringi hembusan angin, badai salji, dan hujan lebat, pasangan suami-isteri itu mendengar suara dari patung lembu betina liar yang memberitahu bahawa ia telah meredhai keduanya. Bahkan, katanya, ia memeritahkan malaikat untuk mengurniakan kepada seorang anak. Tetapi , jika keduanya tidak memperbanyak ketaatan dan persembahan, serta tidak banyak menumpahkan darah korban, maka ia akan menggantikan anak laki-laki itu dengan anak perempuan.
Dengan penuh khidmat keduanya bersujud dan bersimpuh di hadapannya dan menegaskan bahawa mereka menginginkan anak laki-laki. Lalu patung syaitan itu menyuruh mereka untuk menyembelih seekor lembu betina gemuk dan besar, kemudian diletakkan di hadapannya , sementara mereka berdua dilarang untuk masuk ke tempat itu sepanjang malam.
Sesungguhnya, syaitan telah mempermainkan mereka berdua untuk melakukkan apa sahaja menuruk kehendak dan kemahuannya. Dari satu segi, syaitan melihat apa yang tidak dapat mereka lihat sebagai manusia biasa. Sebab, jin apa yang ada di dalam jasad manusia. Seakan-akan kedua matanya bagaikan sinar-X (x-ray), sehingga boleh melihat kandungan perempuan sejak awal. Kerana syaitan tidak mengetahui apa yang terjadi, apakah anak itu perempuan atau laki-laki, sementara ia mengetahui kerinduan seorang suami akan kelahiran anak laki-laki yang akan membawa harum nama ayahnya, di samping mengetahui secara pasti keinginan wanita untuk membuat redha suaminya, maka ia segera menyatakan anak itu laki-laki. Tetapi jika ternyata Allah berkehendak menentukan tersebut perempuan, maka syaitan memberitahu kepada pasangan suami isteri itu bahawa mereka tidak di redhai, atau keduanya tidak ikhlas dalam pengorbanannya, atau riak, hanya ingin pujian dari manusia. Begitulah kecerdikan tipuan syaitan. Padahal, masalahnya sangat sederhana dan tidak sukar. Bukankah jin sangat menyukai kebohongan, penipuan, dan kepalsuan sebagaimana manusia menyukai air sejuk di hari yang sangat panas?
Pernyataan itu bukan berasal dari pendapat dan pandangan pemikiran saya. Perkataan tersebut terdapat di dalam pelbagai tulisan pada beberapa alat tulis seperti batu dan manuskrip di atas batu-batu di kota Irbid di kerajaan Jordan. disebabkan peredaran dan putaran zaman, lukisan dan manuskrip pada batu-batu yang berisi tulisan-tulisan itu dicuri atau menghilang. Tidak seorangpun mengetahui di mana semuanya itu disembunyikan atau kemana menghilang. Tetapi pengriwayatannya masih tersimpan dalam otak sebahagian Ulama yang menerimanya, secara turun-menurun, dari datuk-nenek mereka di Syam bahawa dulu pernah tersebar berita tentang kelahiran seorang anak laki-lakisesudah berlalu tiga puluh tahunusia perkahwinan kedua oarng tua-tuanya tanpa melahirkan seorang anak pun. Mereka juga meriwayatkan secara turun-menurun bahawa kedua mata anak itu cacat sejak lahir. Ia suka tidur malam siang serta jarang bangun untuk menghisap air susu ibunya yang berbadan besar.
Hal itu sejalan dengan sabda Rasullullah sallaallahu 'alaihi wasallam mengenai Dajjal, yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad dalam Musnadnya:
"Ayahnya tinggi, gemuk, dan hidungnya seperti paruh burung. sedangkan ibunya fardha khiyah, yakni banyak dagingnya dan gemuk badannya. Kedua tangan panjang, dan kedua teteknnyapun besar,"
Oleh kerana anaknya tidak di susui oleh ibunya, maka ibunya tekena penyakit yang ditimbulkan oleh tertahannya air susu. bahkan dapat mengakibat keracunan yang berakhir dengan kematiannya.Jadi anak laki-laki itu sejak awal memangtelah mendatangkan kesialan kepada ibunya dan bahkan sangat membahayakan ibunya sekalipun. Halitu sesuai dengan yang dikatakan junjungan kita, Nabi Muhammad sallalahu 'alaihim wassalam yang sangat jujur dan benar itu.
Yang sungguh mengejutkan pula ialah bahawa anak laki-laki itu selama beberapa tahun diam dan hanya bergerak beberapa kali sahaja, sehingga orang tuanya menyangka bahawa ia lumpuh atau tuhan-tuhan mereka memurkainya. Maka mereka pun menyajikan pelbagai sajian tanda ketaatannya, tetapi sang anak laki-laki itu tetap sahaja seperti itudan tidak mengalami perubahan.
Tiba-tiba pada suatu malam, anak itu bergerak, meskipun sepanjang hidupnya sejak empat tahun sebelumnya ia belum pernah berjalan. Padhal orang tuanya telah memberinya air susu kambing di sertai usaha membangunkan dan mendudukkannya. Anak itu hanya meminum susu setegukatau dua teguk sahaja, lalu ia tidur lagi. Orang tuanya tidak pernah merasa tenang, apakah anaknya masih hidup.Mereka pun meletakan tangan dan telinga mereka pada anak itu. Ternyata mereka mengetahui bahawa anaknya masih hidup. Betul apa yang dikatakan Rasulullah sallallahu 'alaihiwasalam; "Kedua matanya tidur, tetapi hatinya tetap terjaga."
Tiba-tiba anak itu bergerak bangun, sementara orang tuanya ada di sisinya sedang tidur. Ia cuba merangkak di atas kedua tangan dan kedua kakinya, tiba-tiba ia mampu berdiri di atas kedua kakinya. Kemudian ia berjalan perlahan-lahan tanpa di ketahui kedua orang tuanya, seakan-akan ada ruh lainyang menyusup ke dalam tubuhnya seraya memberitahu dan menuntunnya untuk berdiri dan berjalan. Tentu saja ia bukan ruh lain, melainkan jin syaitan (jinni mutasyaitan).
Memang kedua mata anak laki-laki itu cacat, dan ia dirasuki syaitan yang bersemayam dalam patung lembu. Lalu syaitan itu membawanya kepada patung lembu betina. Kemudian ia ditinggalkan tidur disisi patung tersebut. Sang ayah pun bangun mendaoati anaknya tertidur di pangkuan tuhan-tuhan (dari patung lembu betina). Ia mencuba untuk memahami apa yang terjadi. Tetapi bagaimana mungkin ia dapat memahami hal itu dengan kaca mata kemusyrikannya? Sang ayah cuba memanggil tetangganya yang tidak mempercayainya, teapi mereka menuduhnya bahawa sang ayahlah yang membawa anakitu dan meletakannya di pangkuan tuhan-tuhan tersebut. sebab, sepengetahuan mereka, anak itu lumpuh dana hanya dapat duduk. Berita pun semakin menyebar. berduyun-duyunlah orang datang untuk menyaksikandari dekat kejadian anehyang terjadi pada anak laki-laki itu. Bahkan, ramai pula yang mencari berkah darinya. Namun, mata-mata hakimtidak mahu menerima begitu saja.Mereka membawa ayah anak itu ke hadapan hakim kota yang kemudian memaksanya umtuk mengakui apa yang sebenarnya terjadi. Ia dipaksa untuk mengakui bahawa ia yang membawa anak tersebut ke pangkuan patung lembu betina. Tetapi sang ayah berkeras menolak dakwaan hakim. Lalu hakim memerintahkan supaya sang ayah didera dan dimasukkan ke dalam penjara.
Kemudian, harus diakui ketika itu bahawa tidak ada yang berhak dituruti titahnya kecuali hakim agung yang menguasai negeri tersebut. Pada gilirannya, muncullah protes keras dan serangan dasyat yang menginginkan kematian setiap orang yang menyembah lembu betina.
Ketika ia melihat dan merasakan bermacam-macam seksaan, terpaksalah ia berbohong. lalu ia mengumumkan di hadapan hakim dan penduduk negeri bahawa tidak ada tuhan selain hakim, dan bahawa tidak yang dapat memberi manfaat dan meninpakan bencana selain hakim. hanya hakimlah pembawa berkah dan membahagi-bahagikanya. Dengan pengakuan bohong itu, hakimpun berkanan untuk segera mengeluarkanya dari penjara, dan agar anaknya dijaga dengan hati-hati dan tidak boleh keluar dari istana hakim. Tidak salah lagi, anak itu sangat membahayakan orang tuanya. Ayahnya di penjara dan diseksa dengan hebat. Kemudian ia harus kehilangan anaknya untuk selama-lamanya.
SUMBER DARI PENULIS MUHAMMAD ISA DAWUD KARANGAN BUKU BERTAJUK "DAJJAL AKAN MUNCUL DARI KERAJAAN JIN DI SEGITIGA BERMUDA."