background img

PERKONGSIAN MAKLUMAT

ombak rindu full movie


Bukti Allah Itu Ada



Kaum kufar tidak henti-henti berusaha untuk melemahkan generasi muslim, salah satunya dengan menyebarkan ajaran Atheis iaitu satu pegangan yang tidak percayakan Tuhan. Ideologi ini sudah menular sejak kita masih bermain di taman permainan kanak-kanak lagi.

Pada tahun 1877, pembangunan Menara Eiffel di perancis dimulakan dan memakan masa 26 tahun untuk mendirikannya. Sudah semestinya, sebelum membangunkan menara tersebut, diperlukan rancangan, plan, dan reka bentuk supaya bangunan dapat berdiri dengan baik, kuat, dan kukuh. Berat seluruh bangunan ini mencapai 9000 tan, sedangkan tinggi Menara Eiffel 321 meter dan merupakan bangunan tertinggi buatan manusia selama 40 tahun.

Rancangan, plan, dan reka bentuk menara eifel ini ditiru dan diilhamkan dari struktur reka bentuk tulang paha manusia yang kecil tapi mampu menampung berat tubuh manusia yang jauh lebih berat dari berat tulang paha.

Tidak mungkin Menara Eiffel ini berdiri sendiri atau tanpa perancangan yang rapi. Menara Eiffel sememangnya dirancang oleh seseorang sehingga hasilnya seimbang dan kukuh seperti yang kita lihat hari ini.


Kepelbagaian hidupan dari haiwan berorganisma monosel sehingga yang mempunyai trilion-trilion sel, pelbagai jenis tumbuhan, dan juga manusia. Jumlah haiwan jauh lebih banyak dari jumlah manusia, kesemua jenis haiwan dan tumbuhan ini memiliki struktur dan fungsi yang sangat rumit dan sama sekali berbeza antara satu dengan yang lainnya, sehingga manusia yang memiliki akal pun tidak dapat menirunya. Kembali pada menara, bangunan, kendaraan yang megah, semua ini pasti dirancang oleh manusia.

Manusia hanya dapat meniru hakikat alam yang telah sediaada. Ciptaan hasil manusia tidak dapat menandingi seperti hasil ciptaan Allah.

Manusia membuat helikopter dengan meniru struktur dan fungsi badan pepatung, akan tetapi kemampuan terbang helikopter jauh di bawah kemampuan pepatung.

Manusia mengambil contoh tangan manusia untuk membuat Robot Tangan, tapi kemampuan robot tangan masih jauh dibawah kemampuan tangan manusia itu sendiri.

Burung helang memiliki mata yang tajam tajam dengan sudut pandangannya 300° dan dapat memperbesarkan pandangannya sebanyak 6-8x lebih besar dari penglihatan normalnya. Ketika terbang pada ketinggian 4300 meter, helang dapat memantau 30,000 hektar kawasan disekelilingnya. Dari ketinggian 1500 meter, helang dapat melihat gerakan atau perbezaan warna dengan terperinci untuk menentukan lokasi mangsanya.

Daya penglihatan yang tajam ini disebabkankan banyaknya sel kerucut peka cahaya di retina matanya. Sel-sel tersebut menerima cahaya dan menghantarkan imej tersebut ke otak. Sementara sel kerucut pada manusia jauh lebih sedikit jika dibandingkan dengan helang. Tentunya semua ini telah dirancang oleh Allah Sang Pencipta.

Sesungguhnya aku bertawakkal kepada Allah Tuhanku dan Tuhanmu. Tidak ada satu binatang melatapun melainkan Allah lah yang memegang ubun-ubunnya. Sesungguhnya Tuhanku di atas jalan yang lurus.
(QS. 11 Huud:56)

Manusia dapat meniru ciptaan pada lumba-lumba dan kerang untuk dijadikankan asas idea pada kapal selam, dan meniru kerang laut untuk membuat porselin, atau meniru ciptaan Allah yang lainnya, tetapi rancangan Allah tetap jauh lebih baik dibandingkan dengan rancangan manusia.

Seramik Porselin buatan manusia hanya dapat dibuat pada suhu antara 1000°-1500° Celcius, sedangkan kerang laut hanya memerlukan suhu 4° Celcius untuk membuat Porselain yang daya kekuatannya lebih kuat dan lebih tahan dibandingkan dengan seramik Porselin buatan manusia.

Jika seramik porselin buatan manusia itu jatuh dan pecah, seramik porselin tersebut tidak akan dapat memperbaiki dirinya sendiri yang pecah, sedangkan kerang laut mempunyai sistem badan yang luar biasa sehingga mampu untuk memperbaiki bahagian kerang yang rosak.



Apakah seramik porselin wujud sendirinya tanpa direka dan dicipta oleh manusia? Bagaimana dengan ciptaan cemhkerang kerang laut yang dapat membaiki dirinya sendiri jika pecah serta jauh lebih kuat, lebih cantik warnanya, lebih indah bentuknya dibandingkan dengan buatan manusia? Siapa yang mencipta nya?

Manusia memang dapat mencipta komposit tiruan untuk bahanpolimer yang dapat memperbarui diri jika rosak, tetapi komposit tiruan buatan manusia jauh lebih lemah dibandingkan dengan apa yang ada di alam ini. Kita ambil 1 contoh dari banyak contoh saja iaitu kulit buaya.

Ciptaan yang sempurna pada haiwan, manusia dan alam ini menunjukan tanda-tanda kekuasaan Allah sebagaimana diungkapkan di dalam Al-Qur’an:

Dan pada penciptakan kamu dan pada binatang-binatang yang melata yang bertebaran terdapat tanda-tanda untuk kaum yang meyakini.
(QS. 45 Al-Jaatsiyah:4)

Bagaimana dengan ciptaan yang ada pada berjuta-juta haiwan yang lain diseluruh muka bumi ini yang memiliki fungsi dan rekabentuk yang berbeza antara haiwan yang sejenis dan dengan jenis haiwan lainnya?

Adakah ini semua tercipta dan terjadi dengan sendirinya tanpa disengajakan?


Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, silih bergantinya malam dan siang, bahtera yang berlayar di laut membawa apa yang berguna bagi manusia, dan apa yang Allah turunkan dari langit berupa air, lalu dengan air itu Diahidupkan bumi sesudah mati-nya dan Dia sebarkan di bumi itu segala jenis haiwan, dan pengisaran angin dan awan yang dikendalikan antara langit dan bumi; sungguh tanda-tanda bagi kaum yang memikirkannya. 
(QS.2: 164)

Otak manusia terdiri dan tersusun dari sekitar 10,000,000,000,000 saraf, saraf-saraf ini berhubung antara 1 sama lain melalui 100,000,000,000 sambungan. Jumlah 100,000,000,000 ini adalah jumlah yang jauh diluar pemahaman kita. Semua maklumat dan data ke otak dan dari otak bergerak dengan kelajuan yang sangat mengagumkan iaitu pada kelajuan 320 km/jam.

Sel-sel saraf penghubung otak dan bahagian tubuh lainnya menyerupai jalan lebuh raya yang membawa maklumat antara tubuh dan otak. Setiap saat, tubuh kita membawa lalu lintas yang sangat sibuk dan padat didalamnya. Ribuan aktiviti yang berbeza saling datang dan pergi dari otak hanya dalam tempoh masa satu saat sahaja. Antara 100,000 hingga 1,000,000 reaksi kimia terjadi didalam otak kita hanya dalam tempoh 1 minit sahaja.

Ketika saudara membaca tulisan ini, ratusan maklumat sedang keluar masuk antara otak dan otot saudara setiap 0.001 detik. Ratusan pesan ini meliputi informasi tentang apa yang saudara lihat, baca, memahami apa yang saudara baca, degupan jantung, bernafas, kedipan mata, pertumbuhan rambut kepala, menghidu persekitaran dan pendengaran telinga.

Untuk menjelaskan perincian 1 kegiatan yang dilakukan oleh otak, saudara memerlukan berjuta-juta halaman kertas untuk menerangkan tindak balas kimia ini. Bagaimana jika 100,000 kegiatan berlaku dalam 1 saat? Berapa juta helaian kertas yang saudara perlukan untuk menulis semuanya dalam 1 saat saja?

Buku ini cukup tebal untuk mencatat aktiviti otak? jawapannya tidak


1 kesalahan di dalam tindak balas kimia ini mengakibatkan ketidak imbangan kegiatan tubuh saudara. Namun Allah telah menciptakan manusia dengan sempurna, dan sebagai balasan hendaklah kita bersyukur pada Allah yang telah menciptakan dan memberi kita nikmat yang tak dapat dihitung oleh manusia.

10 trilion saraf otak

Dapatkah kita membuat susunan kabel elektrik yang berjumlah 10,000,000,000,000 kabel tanpa terdapat sedikitpun kesalahan selama bekerja 24 jam sehari tanpa henti sepanjang masa? Adakah ini semua tidak memerlukan perancangan?

Bagaimana pula dengan penciptaan anggota badan yang lainnya seperti mata, jantung, kulit, paru-paru, hati, telinga, lidah, saluran pencernaan, tulang, otot, sendi, saraf dan lain-lain anggota? Adakah ini juga tidak memerlukan perancangan? Siapa yang merangcang semua ini?

Hai manusia, apakah yang telah memperdayakan kamu terhadap Tuhanmu Yang Maha Pemurah. Yang menciptakan kamu lalu menyempurnakan kejadianmu dan menjadikanmu seimbang dalam bentuk apa saja yang Dia kehendaki, dia menyusun tubuhmu.
(QS.82: 6-8)

Maka nikmat dari Tuhan manakah yang kamu dusta-kan?

Demikian itu ialah Allah Tuhan kamu; tidak ada tuhan selain Allah; Pencipta segala sesuatu, maka sembahlah Dia; dan Allah adalah pemelihara segala sesuatu.
(QS.6 Al-An’am:102)

Dalam Al-Qur’an, manusia diciptakan dengan sempurna termasuklah keseimbangan tubuhnya. Dengan akal kita, janganlah kita hendak disamakan dengan haiwan yang tidak memiliki akal. Manusia dahulunya tidak pandai membuat pesawat, tetapi sekarang mampu untuk mencipta pesawat yang merentasi antara benua dan bahkan mampu membuat pesawat yang bergerak ke luar angkasa dengan menggunakan kawalan jauh.


Sedangkan monyet, yang dikenali sebagai monyet sejak dari dulu lagi tetap tidak malu bertelanjang bulat tanpa baju, hanya bertepuk tangan dan diberi makan pisang atau kacang oleh manusia. Tidak pernah wujud monyet yang dapat mencipta mahupun meniru kapal terbang atau roket angkasa.

Oleh sebab itu, janganlah kita sebagai manusia disamakan dengan binatang.

Pengkhotbah 3:19 Kerana nasib manusia adalah sama dengan nasib binatang, nasib yang sama menimpa mereka; sebagaimana yang satu mati, demikian juga yang lain. Kedua-duanya mempunyai nafas yang sama, dan manusia tidak mempunyai kelebihan atas binatang, kerana segala sesuatu adalah sia-sia.
(Christian Bible, King James Version, Ecclesiastes 3:19)

Begitu pula dengan alam semesta termasuk dengan segala isinya, bumi, matahari, bulan, air, udara, tanah, atmosfera, manusia, haiwan, tumbuhan, dan seluruh alam semesta raya ini terdapat keseimbangan, kesempurnaan, saling melengkapi dan ketelitian di setiap sudut.

Tidak mungkin alam semesta dan segala isinya ini wujud secara tiba-tiba tanpa pencipta, padahal alam semesta, haiwan, tumbuhan dan manusia sendiri memiliki struktur dan fungsi yang jauh lebih rumit dan jauh lebih sulit daripada struktur Menara Eiffel atau ciptaan lain buatan manusia.

Video di bawah menunjukkan betapa luasnya alam semesta ini. Manusia bagaikan debu malah lebih kecil dari itu jika dibandingkan dengan alam ciptaan tuhan.



Penciptaan alam ini memerlukan kekuatan yang Maha Kuasa untuk menciptakannya dan Yang Maha Kuasa itu haruslah terdiri daripada 1 tuhan sahaja kerana tidak mungkin wujudnya 2 Tuhan, apatah lagi 3 Tuhan bekerja sama dengan makhluk ciptaan-Nya dalam membangunkan alam semesta ini.

Semua ukuran di alam semesta ini telah dibuat dengan ukuran yang amat teliti dan tepat. Jika terdapat kekurangan atau kelebihan sedikit pun, ini akan mengakibatkan bencana yang luar biasa. Dapat dibayangkan jika terdapat 2 tuhan yang memiliki 2 perancangan yang berbeza? Tentu planet-planet, bintang-bintang dan segala isinya akan berlaga. Dengan akal yang kita miliki, kita dapat memastikan bahawa tuhan itu hanyalah satu.

Indah dan tersusun ciptaan Allah

Dan Allah telah menghamparkan bumi dan menjadikan padanya gunung-gunung dan Kami tumbuhkan padanya segala sesuatu menurut ukuran. Dan Allah telah menjadikan untukmu di bumi keperluan-keperluan hidup, dan makhluk-makhluk yang kamu sekali-kali bukan pemberi rezeki kepadanya. Dan tidak ada sesuatupun melainkan pada sisi Kami-lah khazanahnya; dan Allah tidak menurunkannya melainkan dengan ukuran tertentu.
(QS.15:19-21)

Yang kepunyaan Allah-lah kerajaan langit dan bumi, dan Dia tidak mempunyai anak, dan tidak ada sekutu bagi Allah dalam kekuasaan, dan Dia telah menciptakan segala sesuatu, dan dai menetapkan ukuran-ukurannya dengan serapi-serapinya.
(QS.25:2)

Allah berfirman: “janganlah kamu menyembah tuhan; sesungguhnya Dialah Tuhan Yang Maha Esa, maka hendaklah kepada-Ku saja kamu takut”.
(QS.14 An-Nahl:51)

Jelas sekali bahawa Allah itu Maha Teliti dalam menghitung kesemua ciptaannya, tidak mungkin Allah tersalah hitungan dalam matematik atau yang lebih rumit seperti gabungan antara fizik, kimia, biologi bahkan dalam segalanya.

Berbalik kepada kata-kata “ukuran yang serapi-rapinya, ketelitian dan kesempurnaan”, bagaimana kesalahan bilangan dan matematik di dalam alkitab Kristian? Adakah beberapa kesalahan hitungan dari beribu-ribu kesalahan di dalam alkitab Kristian adalah dilakukan oleh Tuhan?

Fikirkanlah segala sesuatu yang telah diberikan oleh Allah kepada saudara. Saudara tinggal di bumi yang telah dirancang dan diciptakan khusus untuk kita. Kita tidak melakukan apapun untuk lahir ke dunia ini, dan kita tidak melakukan apapun diantara perjalanan alam semesta ini. Kita sekadar lahir, membuka mata dan mendapati kita berada ditengah-tengah segenap kenikmatan alam.

Kita dapat melihat, mendengar, merasa, mencium, mengecap rasa atas kehendak Allah yang menciptakan kita. Dan Allah tidak meminta wang untuk menyewa tubuh ini, meminta bayaran atas oksigen yang kita hirup, meminta bayaran di atas air, makanan dan tanah yang kita gunakan. Allah hanya meminta kita bersyukur, dan sebetulnya rasa syukur ini untuk kebaikan diri dan jiwa kita sendiri.

QS.16 An-Nahl:78. Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibumu dalam keadaan tidak mengetahui sesuatupun, dan Dia memberi kamu pendengaran, penglihatan dan hati, agar kamu bersyukur.

Rasa syukur kita kepada Allah ini untuk kebaikan kita sendiri, dan Allah tidaklah pernah menarik rasa terima kasih dari manusia kerana meskipun seluruh manusia ingkar dan derhaka kepada Allah.

Dengan akal, janganlah sampai kita keliru menyembah Tuhan. Jika kita keliru menyembah Tuhan tanpa berfikir menggunakan akal terlebih dahulu, ini bererti kita tidak tahu berterima kasih kerana kita telah diberikan akal namun tidak digunakan, kita telah diberi banyak sekali nikmat namun kita keliru dalam berterima kasih kepada yang bukan Tuhan.

Bersyukurlah atas segala nikmat yang tidak terhingga

Dan ketika Allah berfirman: “Hai Isa putera Maryam, adakah kamu mengatakan kepada manusia: “Jadikanlah aku dan ibuku sebagai dua orang tuhan selain Allah?”. Isa menjawab: “Maha Suci Engkau, tidaklah patut bagiku mengatakan apa yang bukan hak-ku (mengatakannya). Jika aku pernah mengatakan maka tentulah Engkau mengetahui apa yang ada pada diriku dan aku tidak mengetahui apa yang ada pada diri Engkau. Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui perkara yang ghaib-ghaib”.
(QS.5 Al-Maa’idah:116)


Misteri Penemuan Bahtera Nabi Nuh a



Gambaran bahtera Nabi Nuh as mengikut kajian


Dan (setelah itu) diwahyukan kepada Nabi Nuh: Bahawa sesungguhnya tidak akan beriman lagi dari kaummu melainkan orang-orang yang telah sedia beriman. Oleh itu, janganlah engkau berdukacita tentang apa yang mereka sentiasa lakukan. (36)Dan buatlah bahtera dengan pengawasan serta kawalan Kami dan dengan panduan wahyu Kami (tentang cara membuatnya) dan janganlah engkau merayu kepadaKu untuk menolong kaum yang zalim itu, kerana sesungguhnya mereka akan ditenggelamkan (dengan taufan). (37) Dan Nabi Nuh pun membuat bahtera itu dan tiap-tiap kali sepuak dari kaumnya melalui tempat dia membina bahteranya, mereka mengejek-ejeknya. Nabi Nuh pun menjawab: Jika kamu memandang kami bodoh (kerana membuat bahtera ini), maka sesungguhnya kami juga memandang kamu bodoh (kerana keingkaran kamu), sebagai (balasan) ejekan kamu. (38) Maka kamu akan mengetahui siapakah yang akan didatangi azab yang menghinakannya di dunia dan yang akan ditimpakan pula dengan azab yang kekal pada hari akhirat kelak. (39)(Nabi Nuh terus bekerja) sehingga apabila datang hukum Kami untuk membinasakan mereka dan air memancut-mancut dari muka bumi (yang menandakan kedatangan taufan), Kami berfirman kepada Nabi Nuh: Bawalah dalam bahtera itu dua dari tiap-tiap sejenis haiwan (jantan dan betina) dan bawalah ahlimu kecuali orang yang telah ditetapkan hukuman azab atasnya (disebabkan kekufurannya), juga bawalah orang-orang beriman dan tidak ada orang-orang yang beriman yang turut bersama-samanya, melainkan sedikit sahaja. (40) Dan (ketika itu) berkatalah Nabi Nuh (kepada pengikut-pengikutnya yang beriman): Naiklah kamu ke bahtera itu sambil berkata: Dengan nama Allah bergerak lajunya dan berhentinya. Sesungguhnya Tuhanku adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (41) (Mereka semua naik) dan bahtera itupun bergerak laju membawa mereka dalam ombak yang seperti gunung-ganang dan (sebelum itu) Nabi Nuh memanggil anaknya, yang sedang berada di tempat yang terpisah daripadanya: Wahai anakku, naiklah bersama-sama kami dan janganlah engkau tinggal dengan orang-orang yang kafir. (42) Anaknya menjawab: Aku akan pergi berlindung ke sebuah gunung yang dapat menyelamatkan aku daripada ditenggelamkan oleh air. Nabi Nuh berkata: Hari ini tidak ada sesuatupun yang akan dapat melindungi dari azab Allah, kecuali orang yang dikasihani olehNya dan dengan serta-merta ombak itu pun memisahkan antara keduanya, lalu menjadilah dia (anak yang derhaka itu) dari orang-orang yang ditenggelamkan oleh taufan. (43) Dan (setelah binasanya kaum kafir itu) diperintahkan kepada bumi dan langit dengan berkata: Wahai bumi telanlah airmu dan wahai langit berhentilah dari curahan hujanmu dan (ketika itu) surutlah air, serta terlaksanalah perintah (Allah) itu dan bahtera Nabi Nuh itupun berhenti di atas gunung "Judi" serta diingatkan (kepada kaum kafir umumnya bahawa): Kebinasaanlah akhirnya bagi orang-orang yang zalim. (44) Dan Nabi Nuh merayu kepada Tuhannya dengan berkata: Wahai Tuhanku! Sesungguhnya anakku itu dari keluargaku sendiri dan bahawa janjiMu itu adalah benar dan Engkau adalah sebijak-bijak Hakim yang menghukum dengan seadil-adilnya. (45) Allah berfirman: Wahai Nuh! Sesungguhnya anakmu itu bukanlah dari keluargamu (kerana dia telah terputus hubungan denganmu disebabkan kekufurannya); sesungguhnya bawaannya bukanlah amal yang soleh, maka janganlah engkau memohon kepadaKu sesuatu yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya. Sebenarnya Aku melarangmu dari menjadi orang yang jahil. (46) Nabi Nuh berkata: Wahai Tuhanku! Sesungguhnya aku berlindung kepadaMu daripada memohon sesuatu yang aku tidak mempunyai pengetahuan mengenainya dan jika Engkau tidak mengampunkan dosaku dan memberi rahmat kepadaku, nescaya menjadilah aku dari orang-orang yang rugi. (47)Allah berfirman: Wahai Nuh! Turunlah (dari bahtera itu) dengan selamat dan berkat dari Kami kepadamu dan kepada umat-umat yang bersama-samamu dan (dalam pada itu) ada umat-umat dari keturunan mereka yang Kami akan beri kesenangan kepadanya (dalam kehidupan dunia), kemudian mereka akan dikenakan azab dari Kami yang tidak terperi sakitnya. (48) (Kisah Nabi Nuh) itu adalah dari perkara-perkara yang ghaib yang Kami wahyukan kepadamu (wahai Muhammad), yang engkau dan kaum engkau tidak mengetahuinya sebelum ini. Oleh itu, bersabarlah. Sesungguhnya kesudahan yang baik (yang membawa kejayaan di dunia dan kebahagiaan di akhirat) adalah bagi orang-orang yang bertakwa. (49)
( Surah Hud : ayat 36-49 )



Lebih kurang 12000 tahun yang lalu, peradaban manusia sebelum peradaban kita sekarang pernah mengalami suatu bencana banjir yang sangat dasyat. Dan banjir itu juga mengakibatkan tenggelamnya daratan yang luas. 


Secara berturut-turut pakar arkeologi menjumpai beberapa bukti yang secara langsung atau pun tidak mengenai banjir dasyat yang terjadi waktu itu.


Kisah dalam Alkitab yang berkaitan dengan banjir dasyat telah menyebutkan, “Banjir meluap dan melimpah selama 40 malam, air pasang menuju ke atas, perahu mengambang dari atas permukaan bumi” : “Arus air meluap dahsyat di atas permukaan bumi, seluruh pegunungan tenggelam oleh air pasang”: “5 bulan kemudian, perahu berhenti di atas gunung Ararat; dan setelah 4 bulan berlalu, ketika daratan sudah kering, Nabi Nuh meninggalkan perahunya.


Sejumlah besar bekas peninggalan prasejarah telah dijumpai oleh pakar arkeologi. Contohnya seperti, daratan Atlantis, budaya Yunani, bangunan di dasar laut dan banyak lagi, kemungkinan besar tenggelam disebabkan banjir dasyat waktu itu. Ada yang menganggarkan banjir dasyat itu terjadi 5000 tahun yang lalu, mengikuti perkiraan ahli astronomi, perahu Nabi Nuh mula dibuat pada 2465 SM dan hujan mulai turun pada 2345 SM.





Setelah perahu Nabi Nuh mendarat di gunung Ararat, bermulalah kehidupan baru manusia. Mereka yang selamat menjalankan hidup baru diserata dunia. Begitu juga dengan binatang-binatang. Biji-biji tanaman kembali disemai. 


Kerana dianggap melahirkan generasi manusia yang baru setelah Nabi Adam, Nabi Nuh mendapat gelar The Second Father of Human Being (Bapa Manusia Kedua). Dari generasi inilah, kebudayaan dan peradaban manusia dikembangkan. Selain di kawasan Ararat,Mesopotamia yang ribuan tahun kemudiannya menjadi pusat kejayaan Babylon.



Dr. Robert Ballard


Sekumpulan pengkaji underwater surveyors yang diketuai oleh Dr. Robert Ballard, yang juga telah menjumpai Titanic, telah menjumpai sebuah bangunan lama berusia kira-kira 7500 tahun di dasar Laut Hitam, berhampiran pantai Turki. Mereka telah menjumpai struktur bangunan dari batu dan kayu pada kedalaman beberapa ratus kaki.Penemuan mereka menjadi bukti dari kejadian banjir besar di zaman Nabi Nuh seperti yang diceritakan di dalam Alkitab dan Al-Qur”an.


Menurut teori mereka, banjir besar tersebut berlaku disebabkan oleh pencairan gletser dari tanah tinggi di Eropah. “Ini merupakan satu penemuan yang sangat menakjubkan,” kata Dr. Ballard di dalam rancangan National Geographic Society bertajuk “Research Ship Northern Horizon”.


Ballard menerangkan, “Banyak kes yang terjadi apabila air tawar dari sebuah telaga berubah menjadi air masin dan kesan banjir besar tersebut menyebabkan kawasan daratan yang sangat luas berubah menjadi dasar laut”.



Gunung Ararat di Turki


Kesan tapak bahtera Nabi Nuh as





Kerja pengukuran yang dijalankan


Misteri Bahtera Nabi Nuh as


Sebuah pasukan yang melibatkan ilmuwan dari Amerika dan Turki telah membuat penyelidikan terhadap misteri gunung Ararat. Mereka mahu mencari sisa peninggalan perahu Nabi Nuh.


Apakah kisah kapal besar Nabi Nuh yang tercatat dalam kitab suci merupakan peristiwa yang nyata ataupun mitos semata-mata? Selama ini para ahli sarjana selalu berdebat, tidak ada seorangpun yang beranggapan bahawa sehingga kini sisa-sisa peninggalan perahu Nabi Nuh masih tersimpan di puncak gunung Ararat Turki.


Menurut laporan media cetak Amerika pada 26 April 2004, sebuah pasukan pengkaji yang seramai 10 orang telah dibentuk oleh pengembara Amerika dan Turki akan mendekati puncak gunung yang misteri itu, untuk mencari jejak “kapal besar Nabi Nuh” (The Great Noah Ark).


McGivern (Ketua The Trinity Corporation of Honolulu, Hawaii) mengatakan, bahawa sebelum mereka memasuki pegunungan Ararat, para anggota kumpulan perlu melakukan persiapan kerja yang rapi. Contohnya seperti, mempelajari data-data yang berkaitan dengan ciri geografi dan bentuk permukaan bumi serta adat istiadat masyarakat di daerah sekitar gunung Ararat.


Menurutnya, masalah terbesar yang dihadapi mereka waktu itu adalah bagaimana untuk melakukan komunikasi dengan penduduk asli setempat. Kerana gunung-gunung yang tinggi itu dianggap suci oleh para penduduk asli setempat, dan mereka yakin akan kewujudan “Perahu Nabi Nuh”, oleh sebab itulah selama berabad-abad, mereka tidak pernah bersedia menceritakan tentang misteri yang berkaitan dengan gunung-gunung itu kepada orang luar.


Sebagian besar anggota kumpulan penyelidik mengatakan, bahawa bagi mereka yang memahami kitab Injil, jika kewujudan “Perahu Nabi Nuh” benar-benar terbukti, maka itu akan menjadi simbol teragung sepanjang sejarah manusia, dan menjadi sebuah rekod perkembangan evolusi manusia. Seperti kisah Nabi Nuh dan perahunya yang selamat dalam banjir besar yang tercantum di dalam Alkitab dan Al-Qur’an.


Penemuan Awal


Sebenarnya, pencarian terhadap perahu Nabi Nuh sudah cukup lama dilakukan. Setahun setelah terjadi gempa bumi dan letusan gunung berapi dasyat pada 2 Mei 1883 yang telah memorak-porandakan kampung di kaki gunung Ararat, kerajaan Turki menghantar kumpulan ekspedisi untuk melihat kesan gemba tersebut. Kapten Gayscoyne, duta Britain di Istanbul, turut dalam ekspedisi itu. Ketika itulah mereka menjumpai “Perahu Nabi Nuh”.


lanjutan dari penemuan itu, pada 1917, Pemimpin Rusia Tsar Nicholas II telah mengirim 150 orang pakar dari pelbagai bidang dan juga tentara untuk mencari dan menyelidiki perahu Nabi Nuh. Selepas sebulan, kumpulan ekspedisi itu baru boleh mencapai ke puncak Ararat.


Dalam keadaan yang kagum, mereka mengambil gambar sebanyak mungkin. Mereka mengukur panjang perahu Nuh dan didapati berukuran panjang 500 kaki, lebar 83 kaki dan tinggi 50 kaki, sebahagian lainnya tenggelam di dalam salji.


Hasil dari kajian itu mahu dibawa pulang dan diserahkan kepada Tsar, malangnya sebelum sempat melaporkan kajian itu ke tangan Tsar, Revolusi Bolshevik Komunis (1917) meletus. Laporan itu akhirnya jatuh ke tangan Jeneral Leon Trotsky. Sehingga sampai sekarang masih belum diketahui, adakah laporan itu masih disimpan atau dimusnahkan.


Pada tahun 1957, beberapa juruterbang Angkatan Udara Turki sempat menyelidik puncak gunung Ararat, dan menjumpai objek yang berbentuk sebuah perahu. 


Disebabkan perang dingin Soviet Union dengan AS, penemuan itu tidak dikaji dengan lanjut dengan alasan “mencegah mata-mata AS mendekati Soviet.  Soviet melarang setiap pesawat memasuki sekitar pegunungan Ararat. Larangan itu baru dihapuskan pada 1982, dan sejak itu berbagai kumpulan ekspedisi mula datang ke pergunungan Ararat, namun tidak ada yang mampu membuktikan.


Pada 1995, penganalisis gambar satelit Amerika, Bolsey Taylor melihat satu objek misteri yang disebut “keajaiban gunung Ararat” itu. Beliau menghabiskan beberapa tahun dalam kajiannya, mengumpulkan sejumlah besar gambar dari satelit, dan mengklasifikasi foto satelit tersebut, akhirnya didapati bahawa itu adalah sebuah objek raksasa yang panjangnya 180 meter. 


Namun, mereka juga tidak tahu objek apa sebenarnya itu. Menurutnya mungkin itu merupakan benteng kuno Turki atau kemungkinan juga itu adalah “Perahu Nabi Nuh”.


Sekitar tiga tahun lalu, seperti  yang dituliskan oleh G. Joseph, arkeolog Ron Wyatt dan David Fasold telah menyatakan mereka telah menemui tapak “Perahu Nabi Nuh”. Penemuan ini mengesan jejak kapal itu tidak berada di puncak Ararat tetapi sekitar 20 batu dari puncak Ararat, berdekatan dengan sempadan Iran. Tetapi mereka percaya bahawa apa yang dikatakan oleh Alkitab bahawa bahtera Nuh mendarat di puncak Ararat.


Pergeseran tanah selama ribuan tahun, gempa bumi, adanya gunung baru, dapat mengakibatkan berubahnya lokasi pendaratan tersebut dari puncak gunung Ararat ke posisi sekarang.


Pengukuran objek yang mempunyai altitude 7.546 kaki. Panjangnya, 558 kaki, dan lebarnya 148 kaki. Di sekitar objek tersebut, Ron Wyatt telah menjumpai sebuah batu besar dengan lubang pahatan.


Mereka percaya bahawa batu tersebut adalah “drogue-stones”, di mana pada zaman dahulu biasanya dipakai pada bahagian belakang perahu besar untuk menstabilkan perahu. Radar dan peralatan mereka telah menjumpai sesuatu yang tidak lazim pada level “iron oxide” atau seperti molekul baja. Struktur baja tersebut setelah dilakukan kajian, bahawa jenis “vessel” ini telah berumur lebih dari 100000 tahun, dan terbukti bahawa struktur ini dibuat oleh tangan manusia. Mereka percaya bahawa itu adalah jejak pendaratan perahu Nuh.




Pegawai Turki, Murat Guven menunjukkan spesimen kayu berusia 4,800 tahun yang didakwa tinggalan bahtera Nabi Nuh ( Gambar dari Kosmo Online )


Sesungguhnya orang yang beriman itu ialah orang yang apabila disebutkan Allah akan gementar hati mereka, dan apabila dibacakan ayat-ayat-Nya (ayat-ayat Allah) akan bertambahlah iman mereka, dan kepada Rab (Tuhan) mereka bertawakal. 
( Surah an-Anfal : Ayat 2 )


DOWNLOAD OUR WEBSITE APP

DOWNLOAD APLIKASI KAMI DI SINI

LIKE US ON FACEBOOK!

Followers

Blog Archive